Plan asal kami nak ke Kuala Selangor hujung minggu tu nak cari coconut shake di satu kedai yang agak viral jugalah di Tanjung Karang. Berhadapan hospital Tanjung Karang tu tempatnya. Bila kami sampai tempat tu dah agak tak terurus landskapnya dan peniaganya pula bukan muslim.
Kami pun tak jadi lah nak singgah walaupun ada kiosk coconut shake di hadapannya. Dalam perjalanan tadi kak ana ada ternampak kedai Cendol Borhan di tepi jalan. Suami pun pusing semula dan rezekilah kami singgah pekena cendol di Cendol Borhan.
Cendol Borhan , Tanjung Karang
Kadang-kadang cepat sahaja satu-satu lokasi yang pernah viral ni jadi tak seperti sebelumnya. Kalau ikut dalam video dulunya tempat tu ada pelbagai kiosk orang kita berniaga tetapi agaknya tak berapa memberangsangkan kiosk-kiosk tu dah tak ada.
Yang ada masa kami sampai tu satu kiosk coconut shake sahaja dan kedai makan bukan Muslim di sebelah dalam yang kalau tak silap kak ana sajian seafood. Mungkin lah waktu malam kut depa niaga.

Kami pun sampailah ke kedai Cendol Borhan. Pernah dah nampak sebelum ni tapi ini kali pertama kak ana singgah. Tak dapat coconut shake pun okay ajer, kita pekena cendol. Ada pelbagai menu di kedai Cendol Borhan ni dan yang penting perniagaan orang kita dan diyakini halal.
Kami order dua mangkuk cendol sahaja petang tu. Satu cendol jagung dan satu lagi cendol pulut. Ada juga
cendol durian , suami tak berminat pula petang tu nak makan cendol durian, tapi memilih cendol pulut. Tukar selera agaknya.
 |
| cendol pulut |
Rasa cendol di Cendol Borhan ni sesedap rasalah pada kak ana. Cukup lemak manisnya dan kak ana tak pasti depa guna
santan asli atau
santan sawit. Kebanyakan cendol yang cukup pekat lemak manis ni selalunya menggunakan santan sawit. Hat ni tak pasti..
Cuma itulah, konsep makan cendol sekarang ni , kalau nak makan bersama jagung, kacang merah kena add-on harga. Kalau dahulu cendol semangkuk memang pakej siap dah dengan jagung dan kacang merah tu, kan ? Kalau pulut atau durian barulah harga berbeza.. tapi laa nih cendol sekadar cendol, air gula dan santan, lain-lain nak tambah kenalah add-on.
 |
| tauhu berlauk |
Kat sini lah pertama kali kak ana makan tauhu berlauk yang kak ana ceritakan dalam entri
resepi tauhu berlauk kak ana yang lepas. Memang sedap tauhu berlauk di Cendol Borhan ni, garing dengan salutan kuning telur dan lembut rasa tauhu berlauk di dalamnya. Cicah pula dengan sambal kicap. Yummy!!
Suami kak ana lapar nasi lah pula petang tu. Dia try nasi ayam bakar . Menu ni pun sesedap rasa nasi ayamnya dam ayam bakar tu sedap jugalah perapannya. Di hidangkan bersama sos cili, kicap dan kuah sup kosong.
Satu lagi menu yang kami order dan makan sebagai minum petang ialah cucur udang atau pun kak ana panggil
coq udang. Memang ada udang seekor lah dalam cucur udangnya bersama
daun kucai. Sos cili pun sesedap rasa dan rasanya home cooked .
Garing kulit dan lembut sahaja isi cucur udang nya. Harga menu kak ana tak ingat dan tak jumpa pula di carian interent tapi tidaklah over priced , harga makan gerai atau warung sahaja. Bukan harga cafe.
Apapun Alhamdulillah, rezeki jalan-jalan cari makan ke Kuala Selangor kali ni, kami makan di gerai Cendol Borhan. Sepanjang jalan Kuala Selangor ke
Sekinchan memang banyak gerai makan menarik di kiri kanan jalan. Ada yang viral juga, ada rezeki boleh lah singgah lain kali kalau berada di sekitar nya.
16 Comments
Nampak menyelerakan semua yang order tu. Dulu pun macam pernah makan cendol kat sini.
ReplyDeleteMasih ada lagi ye kak... lama dulu dana pernah pergi sni.... geram nengok cucur udang tu nampak ranggup dan tauhu berlauk tu
ReplyDeletecendol ni pekena masa cuaca panas..memang terbaiklah. sejuk je lalu anak tekak, terutama cendol yang lengkap ramuannya.. kena molek siap tapau lagi hihi
ReplyDeletePetang-petang gini tgk gambar-gambar menu yg sesuai utk minum petang ni mmg terliur dibuatnya
ReplyDeleteentah kenapa bla tgk warna hijau cendol tu rs lebih menyelerakan ;-)
ReplyDeleteDulu rasanya pernah makan cendol Bakar tapi sekarang tak pasti pulak ada ke tidak. Dah lama tak pi area sana
ReplyDeletesedapnya cendol macam2 isinya tapi kena tambah dgn harganya ya...dah lama xjln2 sana
ReplyDeleteUncle suka betul cendol ada jangung banyak2 cam tu
ReplyDeleteSedap pulak nampak cendol yang ada jagung tu.
ReplyDeleteMinum petang2 sedapnya.
Sedapnya cucur udang tu. Nak beli yang betul betul sedap susah. Nak buat sendiri malas. Sedapnya cendok ada jagung banyak macam tu..
ReplyDeleteSetuju... sekarang cendol ikut seleksi. Dulu kalau cendol dah ada kacang merah dan jagung.
ReplyDeleteSemua menu kak ana share memang favourite LZ.. Masa baca post sambil tengok gambar hati melonjak-lonjak teringin ke Cendol Borhan.. Satu hari nanti plan ke Kuala Selangor boleh singgah..
ReplyDeleteCendol ni kegemaran Etuza masa dahulu, sekarang cendol versi baru..apapun cendol ada nasi pulut tak jumpa di keningau yang dalam mangkuk
ReplyDeletesemua pun nampak sedap ni! saya terliur cucur udg tu
ReplyDeleteAduuuuuh kapanlah saya bisa mencoba cendol ini yaaa 😍😍😍. Dari bentuk dan warna cendolnya dah terlihat menggoda sangat.
ReplyDeleteApalagi jualannya lengkap ya kak, ada menu brat juga. Cocok bagi yg lapar, memang bisa makan sekalian
walaupun linda memang selalu lalu lalang situ, sebab laluan balik kampung, tak pernah singgah lagi.. semalam nak singgah, tapi suami kata tak jadi pula..belum ada rezeki kami nak singgah makan situ
ReplyDelete