Mencari kuih muih di Kueh Cafe , Setia Alam
Malam kak ana menulis entri ini, dengan rasa syukurnya telah melangkah masuk ke tahun baru 2026. Pantas masa berlalu kan, cuma itulah , seiiring masa beredar, usia kian meninggi menghitung perjalanan hayat, kudrat makin kurang rasanya... Tak semeriah dahulu untuk menerbitkan entri namun jiwa penulisan tak pernah pudar.
Banyak atau kurang kunjungan bukanlah alasan kerana kak ana memang suka menulis dan berkongsi kisah kehidupan yang mungkin ada manfaatnya buat sesama insan. Meskipun blog bukan lagi pilihan utama warga maya, namun tetap ada pageview yang hadir, terima kasih...
![]() |
| Kueh Cafe , Setia Alam |
Cafe Kueh... Memang viral di penghujung tahun 2025 yang lalu. Pemiliknya Tuan Ezwan jejaka yang berjaya menawan hati primadona negara si cantik jelita, Erra Fazira. Maka makin tersohorlah cafe Kueh di kalangan warga maya.
Kueh Cafe , Setia Alam
Termasuklah adik ipar kak ana, Julia Alisya yang kebetulan memang plan nak bercuti hujung minggu di KL ni, bermalam di rumah kak ana dua minggu yang lepas, mengajaklah kami semua teman dia nak ke Kueh Cafe. Paling hampir dengan kediaman kak ana, di cawangan Setia Alam.
![]() |
| Kueh Cafe , Setia Alam |
Kami waze jugalah nak ke sini walaupun Setia Alam ni memang port lepak makan kak ana sekeluarga di hujung minggu. Rupanya berdekatan dengan Taipan Setia Alam sahaja lokasinya. Kami sampai dah agak lewat juga dalam jam 4 petang macam tu.
Ingat kan nak minum petang lah kan, di sana. Tapi waktu kami sampai kuih-muih semua dah habis, sold-out. Maklum lah tengah viral. Menu pun tak banyak yang tinggal , kami orderlah apa yang ada sahaja waktu itu.
![]() |
| Kueh Cafe , Setia Alam |
Kueh cafe Setia Alam ni terletak di unit corner lot, parkir pun mudah sahaja kami parkir di hadapan cafe. Hari Sabtu, petang. Dalam cafe pun tak lah terlalu ramai pelanggan. Boleh sahaja terus masuk dan dapat meja, mungkin sebab dah petang. Risau juga awal-awal tadi, kut kena berbaris ke apa kan, rupanya tak ada..
![]() |
| Kueh Cafe , Setia Alam |
Disebab kan dah tak banyak menu yang ada, kami makan lah apa yang masih berbaki. Jue order lempeng , keropok lekor, sagu gula melaka, tiramisu dan coq kodoq . Air pula teh tarik dan beberapa minuman panas lain.
Dalam banyak-banyak menu yang kami makan tu, kak ana suka pada sambal tumis ikan bilis yang di makan bersama lempeng tu. Sambal tumis tu sedap sangat, kena pada selera kak ana, pedas-pedas manja rasa dia. Lempeng tu kalau tak silap kak ana lempeng tepung bukan lempeng kelapa.
![]() |
| Kueh Cafe , Setia Alam |
Tak banyak gambar yang sempat kak ana ambil sebab sibuk nak berborak dengan adik dan adik ipar sambil makan. Cafe Kueh ni nampak cozy interior nya. Kemas dan cantik berwarna hijau epal dan putih.
Kat sudut tepi tu ada kak ana nampak set backdrop podcast yang Erra dan Mr E selalu live tu. Kat situ depa live rupanya, ye.. Kak ana rasa kalau datang awal pagi mungkin banyak lah menu dan kuih muih yang boleh di cuba.
Tapi tuu lah kan, tengah viral memang laju lah habis. Teringin nak makan kuih muih kat Kueh Cafe ni satu hari nanti, In Syaa Allah. Ada banyak cawangan di sekitar Shah Alam juga, rasanya. Kalau ada rezeki adalah nanti kak ana update.
Selamat pengantin baru buat pasangan Erra dan Ezwan. Sama cantik sama padan, semoga berkekalan hingga ke syurgaNya. Kak ana suka juga tengok Erra Fazira nih lawa sangat, kan pada usianya. Ehem! Kak ana dengan Erra tak jauh beza pun usia kami hehe!! Tapi dia lawa lahhhh .... huhu!





5 Comments
Selamat tahun baru Kak Ana. Semoga baik2 aje untuk tahun ini. Lepas Erra menikah ni la baru tau kewujudan cafe Kueh tu.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2026 Ana, semoga dengan datangnya tahun baru ini akan merasai lebih ketenangan dan kebahagiaan. Tengok lempeng tu nampak sedap je.
ReplyDeleteOwhh baru tahu
ReplyDeleteKueh dia kalau yg kat HQ tu mmg byk choice menu.... tp kuih kuih diorg mmg cpt habis haha... klu minum ptg mmg x merasa sangat pilihan hehe
ReplyDeleteOh banyak cawangan rupanya Kueh ni....teringin juga nak try tapi tunggulah reda sikit viralnya tu.
ReplyDelete