Kak ana panggil ikan nyok-nyok , kalau belah utara pun kebanyakannya panggil ikan nyok-nyok. Tempat lain adalah kut panggilan untuk ikan ni. Nak tahu yang mana satu ikan nyok-nyok, try lah google hehe. 

Ikan dia warna silver , ada tulang tengah dan isi padat. Ikan ni selalunyalah kalau ikut arwah mak kak ana , akan di masak sup, kari atau gulai lemak. Rasa dia tak lemak sangat tapi manis lah . Tak berbau hanyir dan merupakan ikan laut. 


Sup ikan nyok-nyok
sup ikan nyok-nyok 

 

Saiz ikan nyok-nyok ni sederhana sahaja. Tak terlalu besar dan tak lah kecil. Kadang-kadang seekor tu boleh potong kepada 4 bahagian, tengok pada keperluan masing-masing. Hari ini kak ana nak kongsikan resepi kak ana masak sup ikan nyok-nyok dengan teknik tumis darat. Mudah dan sedap. 


Sup ikan nyok-nyok 

Bahan-bahan sup ikan nyok-nyok 


Ikan nyok-nyok - potong lah ikut saiz yang dikehendaki
1 pek sup ikan - ada jenis rempah dan ada juga dalam bunjut
Bawang putih - sebahagian di ketuk dan separuh di hiris untuk tumis darat 
Bawang merah - hiris nipis untuk tumis darat
1 inci halia - di ketuk 
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup
Lobak merah dan batang saderi jika suka nak masukkan dalam sup


pokok daun bawang
pokok daun bawang tanam dalam pasu 

Cara masak sup ikan nyok-nyok 


1. Dalam periuk masukkan ikan nyok-nyok yang dah di bersihkan, lobak merah yang di potong atau daun saderi ,  tambah air secukupnya. 

2. Masukkan halia dan bawang putih yang di ketuk bersama bancuhan rempah sup ikan atau satu uncang sup bunjut ikan. Masakkan hingga mendidih. 

3. Sementara di dalam kuali panaskan minyak. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan berbau harum. Tuangkan sekali dengan minyak tumisan ke dalam periuk berisi sup ikan yang sedang mendidih. 

4. Kacau sebati dan rasakan dengan garam secukupnya. Siap lah menu sup ikan nyok-nyok cara tumis darat resepi kak ana. 




sambal kicap


Resepi sambal kicap mudah 


Kak ana suka makan sup ayam atau sup ikan bersama sambal kicap. Cara kak ana masak sambal kicap ni simple dan basic sahaja. 

1. Panaskan minyak goreng sekejap cili api bersama bawang putih. Hati-hati aromanya boleh buat bersin huhu!! 

2. Masukkan dalam blender cili api dan bawang putih, tuangkan kicap pekat manis dan kicap cair , sedikit cuka dan gula serta garam . Adjust lah kan , kalau terlalu pekat masukkan sedikit air dan kisar ikut kehalusan yang di kehendaki. 

Senang kan. Boleh lah cuba naa.... Semoga bermanfaat.. 



12 Comments

  1. Family kita pun panggil ikan nyok-nyok. Rasanya ikan yg sama ni, Kak Ana.

    ReplyDelete
  2. Selalu dengar ikan nyok nyok masak kari. Rasanya Cie tak pernah makan ikan ni.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah dengar nama ikan ni tapi kalau buah 'nyok' pernah. Mungkin namanya yang lain ikan cupak. Pun tak pernah dengar.

    ReplyDelete
  4. sedap sup ikan nyok nyok dagingnya lembut

    ReplyDelete
  5. ikan ni nampak mirip ikan selar tapi besar kan kak Ana? tak pernah try, selalu jumpa . tak tau nak masak apa. tq share pasal ikan ni

    ReplyDelete
  6. Uncle pulak baru dengar ikan nyok-nyok

    ReplyDelete
  7. Selalu dengar tapi tak pasti pernah makan ke tak. 😂 Dah lama tak makan sup ikan .

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Ana. Sue memang suka sup ikan..

    ReplyDelete
  9. menu sihat ni... kami semalam makan sup ayam...

    ReplyDelete
  10. dana biasa nampak org msk kari je ikan ni kak... buat sup pun layan jugak ye... boleh try

    ReplyDelete
  11. ikan ni buat kari pun sedap juga.. makan dengan lempeng nipis

    ReplyDelete
  12. Mrs. A pun panggil ikan nyok-nyok.
    Sedap nampak sup ikan nyok-nyok kak Ana tambah cili kicap lagilah padu bertambah nasi

    ReplyDelete