Sarapan Kelantan di Warung Che Bunga
Antara port sarapan kesukaan suami kak ana salah satu nya adalah di Warung Che Bunga, Kampung Melayu Sungai Buloh. Terletak bersebelahan sahaja dengan sekolah kebangsaan Sungai Buloh kalau tak silap.
Kami selalunya pii hari bekerja dahulu bila suami masuk kerja petang tapi laa nih dia dah normal syif hanya dapat pi sarapan sini waktu hujung minggu atau cuti. Memang kalau hari cuti ramai pelanggan makan sarapan pagi yang menyajikan menu-menu pantai timur khasnya dari Kelantan.
Nasi dagang gulai ayam
![]() |
| nasi dagang gulai ayam & telur rebus |
Kak ana suka makan nasi dagang khasnya dengan gulai ayam. Memang sedap masakan gulai ayam nasi dagang kat sini. Paling kak ana suka ayam nya di masak lembut sampai relai dari tulang. Kuah gulai pun sesedap rasa rempah ratusnya. Kak ana pastilah akan minta bahagian kepak kalau ada.
Kak ana juga suka makan nasi dagang dengan gulai ayam atau ikan tongkol bersama telur rebus yang ada dalam kuah gulai tu. Memang ngam sangat pada selera kak ana. Nasi dagang Che Bunga ni pun di masak sempurna tak jelantah atau keras. Lembut dan lemak secukup rasa semuanya.
Makan juga dengan acar timun dan sambal merah. Sambal merah Kelantan ni selalunya tak terlalu pedas hanya campuran cili , cuka, garam dan gula kalau tak silap lah kak ana pernah belajar buat dengan kakak ipar dahulu.
Nasi kerabu daging bakar
Selain nasi dagang menu pantai timur kesukaan suami dan anak kak ana, Adik Ika ialah nasi kerabu. Dipadankan dengan pelbagai pilihan lauk. Pagi tu suami makan nasi kerabu daging bakar. Kesedapan nasi kerabu ni bergantung pada tumisnya. Kalau sedap tumis sedaplah hidangan nasi kerabu yang kita gaul bersama sayuran ulam, kelapa garing, budu dan lauk pilihan.
Kat Warung Che Bunga ni juga ada menu lemak bakar. Pernah kami makan tapi tak boleh selalulah kan atas faktor kesihatan. Daging bakar depa pun sesedap rasa lembut bila di carik untuk di makan bersama nasi kerabu.
Warung Che Bunga , Kampung Melayu Sungai Buloh
![]() |
| Warung Che Bunga : kredit buat pemilik foto |
Kalau korang suka makanan menu Pantai Timur khasnya Kelantan boleh lah singgah makan di sini. Hidangan tengahari pun ada, kak ana pernah makan tengahari lauk singgang ikan, budu mangga, perut air asam dan ikan rebus goreng di sini. Entrinya pernah kak ana terbitkan di SINI . Kalau hujung minggu ruang parkir agak susah juga lah kerana selalunya ramai. Semoga bermanfaat.



10 Comments
Wahhh...Mmg sedap betul nmpk nasi dagang & nasi kerabu tu sis =D
ReplyDeleteMakanan nampak sedap2, tapi jauh la pulak kat Sg Buloh 😅
ReplyDeleteWARUNG CIK BUNGA MENU NASI KERABU N NASI DAGANG NAMPAK SEDAP
ReplyDeleteAduhai, sebut singgang ikan, budu mangga dan perut air asam terus terbayang lauk kampung Pantai Timur! Bestnya dapat sarapan menu Kelantan di Warung Che Bunga! 😋
ReplyDeleteSy tak sampai² lagi kedai ni Kak Ana wpun tahu kewujudannya.
ReplyDeleteKalau nasi dagang, Sy prefer gulai ikan tongkol. Minta timun & cili dlm kuah tu lebih sikit. Adoi, craving pulak 😅
Peh! Nasik kerabu daging bakar memang padu!
ReplyDeletedua2 saya terliur adoyai hahahah
ReplyDeleteeh kak ana ni, bukan nak halo2 kita. sekangkang kera ja dari kediaman sy. skola daktiga tu.
ReplyDeleteDua² sedap kak.. lama tak gi area sana..
ReplyDeleteDah lama tak makan nasi kerabu! Nantilah nak order grab la hehe
ReplyDelete