Singgang budu di Warung Che Bunga , Kampung Melayu Sungai Buloh
Berkejaran nak habiskan entri makan-makan sebolehnya sebelum masuk Ramadan Kareem 1445H yang berbaki beberapa hari lagi kehadirannya, In Syaa Allah.. Semoga kak ana dan kita semua akan di izinkanNya menyempurnakan ibadah rukun Islam ke -3 ni dengan sempurna, aamiin..
Masa kak ana edit gambar-gambar untuk entri ni, mak aii!! Terliur sungguh rasa nak pii laa nih juga pekena singgang budu di Warung Che Bunga, Kampung Melayu Sungai Buloh ni. Memang padu rasa masakan pantai timur original sangat menu-menu kat sini.
![]() |
budu |
Singgang budu di Warung Che Bunga , Kampung Melayu Sungai Buloh
Waktu kak ana membesar di kampung Teluk Intan, Perak, arwah mak masak juga singgang begini tetapi kami panggil pindang ikan. Ini antara lauk black list kak ana kecil-kecil dahulu, memang tak suka sesangat. Rasa tawar kuah kosong sahaja kan hehe :)
![]() |
singgang ikan tongkol |
Sehinggalah lepas habis belajar berhijrah ke KL dan bertemu jodoh dengan orang Kelantan nih, belah mak mertua masak menu yang sama dan dari situ pula menu ni dipanggil singgang atau 'singgei ike aye' .Bezanya belah utara jaranglah masak singgang ikan tongkol selalunya ikan temenung atau ikan kembung dan pelaling tu, belah utara panggil ikan temenung.
Panjang lak mukadimah ye.. jom masuk bab makan ikan singgang budu di Warung Che Bunga ni semula. Kak ana berdua sahaja dengan suami dari Damansara singgah ke Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh nak makan tengahari.
![]() |
perut air asam |
Memang awal-awal kak ana ajak suami nak makan singgang budu sebab selalunya kami mai sarapan nasi kerabu dan nasi dagang kat sini. Menu singgang budu hanya tersedia lewat sikit dari sarapan iaitu untuk menu makan tengahari.
Masyaa Allah.. Alhamdulillah berselera sungguh kami berdua makan tengahari tu dengan pilihan menu pantai timur. Kami ambil semangkuk singgang ikan tongkol, sepiring budu yang di berikan bersama hirisan buah pauh atau pelam muda, perut air asam, ikan rebus goreng atau ikan sardin goreng garing dan suami pula tambah kat nasi putihnya hati dan pedal ayam goreng kunyit.
![]() |
ikan rebus goreng |
Memang padu kesemua pilihan lauk kami tengahari tu, sedap pada selera kami berdua yang suka makan menu-menu kampung begini. Singgang sesedap rasa, kerabu perut atau air asam perut tu sedap sesangat makan pula dengan ikan goreng cicah budu. Cukup menyelerakan untuk selera kampung macam kami.
Begitu lah kita meraikan kepelbagaian makanan di negara kita ni yang lain negeri lain seleranya. Dah hampir 30 tahun bersama keluarga belah suami orang pantai timur, walaupun kak ana berasal dan di besarkan di belah utara tetapi keserasian itu tersemai.
![]() |
pedal dan hati ayam goreng kunyit |
Kak ana suka sangat makan lauk-lauk kampung tak kira negeri makan sekali pun, memeriahkan lagi kepelbagaian rasa dan menu untuk kita nikmati bersama. Mencuba menu-menu yang belum pernah di makan memang seronok kan. Namun tak di nafikan ada yang kena dengan selera dan ada juga yang tidak.
Apapun singgang budu Warung Che Bunga, Kampung Melayu Sungai Buloh ni memang sedap pada selera kak ana dan port lepak makan sarapan kami selain dari Mek Siti Nasi Kerabu dan Warung Kita Nasi Manggey yang tak jauh juga dari lokasi yang sama. Kampung Melayu Sungai Buloh memang banyak kedai makan yang viral dan sedap milik Muslim, Alhamdulillah...
15 Comments
Tak sampai² lagi ke Warung Cik Bunga ni. Pernah singgah beli air je, sbb ada urusan lain.
ReplyDeleteSy pun kecik² dulu tak suka lauk² gini tapi dah dewasa ni baru suka semua :)
Betul² terliur sy baca entry Kak Ana ni. Sy Johorean tapi lauk masakan negeri mana pun semua favourite lagi la lauk² kampung.
ReplyDeleteTerus lapar, saya belum bekpes lak tu haha
ReplyDeleteSedap sungguh lauk-lauk menu kampung macam ni. Nanti bila ke Sungai Buluh, boleh cuba cari kedai ni.
ReplyDeletePerut air asam tu selalu dapat mkn waktu hari raya korban dekat KB =q
ReplyDeletesedapnye singgang budu.. semua lauk kampung ni lady suka.. yumm yumm yummm
ReplyDeletemenu simple sedap sgt tu
ReplyDeleteMmg patut dipercepatkan update posting makanan kalau gini gaya gambarnya. Memanggil betul.
ReplyDeleteterliurnya perut air asam tuuuu
ReplyDeleteNama warung ni manisnya....cik bunga....saya tak reti nak makan budu. Perut air asam tu nyumsss....
ReplyDeleteTerliur pulak tengok perut air asam tu.
ReplyDeleteNampak sedap semuanya
ReplyDeleteSinggang, budu, ikan rebus goreng, memang sedap sangat.
ReplyDeletelauk paling bahaya di malaysia. sekali makan payah nak stop😁
ReplyDeleteWalau belum tahu rasanya, tp terliur pula lihat ini kak 😍😍😍. Saya pernah makan nasi Melayu di Penang, dan lauk pauknya memang sedap2.
ReplyDeleteRata2 begitu kan. Saat kecil kita tak suka suatu makanan tertentu. Tp ntah kenapa saat besar bisa suka pula 😄