Nostalgia tiket bas lama
Selasa lepas kak ana sarapan pagi sekali lagi di cafe Noreh & Ngopi, Bandar Tasik Puteri. Setiap kali ke sini, kak ana suka mengimbas kenangan silam zaman kak ana di besarkan sekitar tahun 80-90an. Pelbagai barangan lama di jadikan dekorasi di dalam cafe ini.
Ada di antaranya sangat dekat dengan kehidupan kak ana dahulu ketika membesar di kampung, Teluk Intan, Perak khasnya di rumah arwah tok Saidin. Salah satu yang menarik perhatian untuk kak ana kongsikan di sini adalah sepapan deretan tiket bas yang di letakkan di dalam almari kaca lama di satu sudut.
![]() |
| Tiket bas zaman dahulu tahun 1980-90an |
Beginilah rupa tiket bas ketika kak ana membesar di Teluk Intan sekitar tahun 80-90an . Waktu itu pengangkutan utama ke pekan Teluk Intan adalah dengan menaiki bas harian atau kami kat kampung panggil town bus !
Tiket bas zaman dahulu tahun 1980-90an
Ya, dahulu masih lagi pengaruh kolonial melekat dalam bahasa pertuturan harian, walaupun bukan lah bercakap dalam bahasa Inggeris tetapi sesetengah perkataan masih mengekalkan nya di kalangan orang-orang tua seperti arwah mak kak ana sendiri.
Contoh macam kalau nak ke pasar, arwah mak sebut nak pii market , naa.. bukan pasar masih sebut market hehe. Bebalik pada nostalgia tiket bas lama ni, tambang untuk ke pekan Teluk Intan dari rumah kak ana cuma 50 sen sehala.
Jarak tak sampai 10km dekat sahaja . Waktu itu kami naik bas Hup Soon di mana kena tunggu di tepi jalan utama , lambailah tangan kalau nampak bas dah dekat dan driver akan berhenti dan ambil penumpang. Nasib lah kan bukan ada jadual perjalanan strategik. Ikut lah kadang sejam baru dapat bas kadang-kadang nasib baik tunggu sekejap dah ada bas lalu.
Bas Hup Soon ni bas perantaraan dari Batu 4 Selabak sampailah ke pekan Teluk Intan di mana waktu tu stesennya di hadapan pejabat pos. Syarikat bas ini juga ada bas perantaraan dari Kampar ke Teluk Intan, Ipoh ke Teluk Intan dan juga Bidor ke Teluk Intan. Beza lah tambangnya.. kak ana tak tahu sangat sebab jarang naik bas ke bandar lain , selalunya arwah abah akan bawa naik kereta.
Dalam bas, akan ada seorang konduktor bas yang tugasnya mengutip bayaran dan memberikan tiket bas kepada penumpang. Kena simpan tau tiket bas tu sebagai bukti kerana ada masa dalam perjalanan akan naik inspektor bas check tiket untuk pastikan kita dah bayar tambang. Huhu!
| kredit buat pemilik foto |
Bila kita hendak turun di pertengahan perjalanan sebelum sampai ke pekan Teluk Intan atau dalam perjalanan balik ke rumah , kami akan petik loceng di dalam bas dan memang ada spot tertentu driver akan berhentikan bas. Kadang-kadang driver lajak ke depan, kena lah menapak pula jalan kaki patah balik ke lorong rumah . Memang ikut dan je depa nih :)
Foto di atas adalah stesen bas Bersatu di tengah bandar Teluk Intan yang masih ada bangunannya sampai hari ini. Tetapi kak ana tak pasti sama ada ia masih di gunakan atau tidak lagi. Kalau bas dari Kampar, Bidor dan Ipoh akan berhenti di stesen ini.
Stesen bas ini juga terlalu banyak kenangannya dalam perjalanan alam remaja kak ana. Kalau dari sekolah menengah nak balik rumah sekiranya tidak menaiki bas sekolah atau aktiviti petang dan unit Pandu Puteri dahulu, kami akan melalui stesen bas ini untuk ke stesen bas kecil di pejabat pos sana.
| kredit buat pemilik foto |
Di bawah stesen bas ini lah kak ana akan singgah dan beli majalah hiburan seperti URTV, Variapop, Pesta dan sebagainya kerana ada kedai buku dan majalah di sini. Ada juga kedai makanan ringan dan air. Singgah lah beli majalah kalau ada kisah dan gambar artis kesukaan kak ana seperti Jamal Abdillah, Fauziah Latiff dan Ogy Ahmad Daud.
Itu leh era mereka dahulu. Simpan majalah dan baca lah gossip serta program hiburan dan sebagainya. Kalau gambar yang cun-cun gunting dan tampal dalam buku skrap. Masih ada lagi buku skrap Fauziah Latiff kak ana simpan sampai laa...
Itu lah kan era kami berhibur waktu itu. Hiburan hanya di tv dan radio serta info nya pula dalam majalah dan surat khabar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kini semua itu satu kenangan melayari kehidupan yang berbaki. Syukur Alhamdulillah atas pinjaman pengalaman ini dan semuanya manis-manis belaka untuk dikenang.


11 Comments
Memang nostalgia sangat ni Kak Ana. Sy pun sempat merasa naik bas dan guna tiket bas begini. Suka tengok conductor bus ketip tiket sbg bukti dah bayar. Time nak turun standby awai nak tekan loceng. Kadang tekan loceng tak bunyi, jenuh cari loceng lain pulak takut bas terlajak 😅
ReplyDeleteArwah Pak Sy sebut ruler, book instead of buku & pembaris 😁
Kenangan bas awam kita lebih kurang sama je Kak Ana. Kalau nak ke market (kiteorg pun panggil market hehe), kena berjalan 1km lebih sbb bas tak masuk kawasan rumah saya, jadi kena tunggu bas dekat bus stop atas bukit. Pernah dah penat2 panjat bukit ni bas lalu depan mata tak sempat nak tahan. Adoi... tapi tak pe, ada van tambang (tapi mahal sikit la). Kalau naik bas tambang 50 sen, naik van tambang tambangnya RM1. Part nak tekan loceng tu kadang2 nervous takut terlajak hehe.
ReplyDeletenostalgia ya ana kak pun ada pengalaman naik bas di Teluk Anson masa muda remaja dulu
ReplyDeleteNa sempat naik bas ada tiket masa 4 5 tahun. Kalau bagi kat conductor bas tu duit, pastu dapat tiket, rasa bangga! Haha
ReplyDeleteSaya dulu suka simpan tiket bas dalam buku, bangga betul bila dapat kumpul tiket pelbagai warna. Semua nostalgia zaman 80-90an sangat manis untuk dikenang.
ReplyDeleteCie sempat je pakai tiket kertas gitu. Rasanya masa sek rendah. Nostalgia sungguh.
ReplyDeleteUncle ada ke Bangok tahun lepas... Naik bas awam Bangkok masih ada tiket style lebih kurang macam ni...
ReplyDeleteRindu zaman naik town bus tambang seringgit dua je. Lawak bab takut terlepas loceng tu! Syok baca kenangan beli majalah hiburan kat stesen bas lama. Truly nostalgic era yang tiada ganti!
ReplyDeleteJumpa waktumkecik kecik dulu dan sekolah menengah..
ReplyDeleteHuhuuuu nostalgia
Nostalgia betul ya kak ana ☺️☺️. Memang sukaaa kalah mengingat masa2 dulu 90an ke atas kalau saya.
ReplyDeleteTapi dulu saya tak merasakan naik bus berbayar, sebab dah disediakan company tempat papa kerja untuk naik bus free jika hanya kliling kota saja. Jadi memang tak ada tiket zaman dulu saya pernah simpan.
Kalau di sana banyak pengaruh istilah dalam bahasa inggris, di sini pula banyak yang masih pakai istilah dalam bahasa dutch 😄
Wah tiket bas zaman dulu-dulu. Memang kenangan yang tak akan dilupakan. Nostalgia
ReplyDelete