sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 15 Ogos 2014

Buah Berembang


Buah Berembang

Kalau sebut nama buah ni ana pasti ramai yang tak kenal,tak pernah rasa dan tak pernah lihat pun buah berembang ni.Sewaktu ana masih kecil dahulu sekitar tahun 1980-an dibelakang rumah arwah tok terdapat sungai.Ia sebahagian dari Sungai Perak dan arwah tok pernah membawa ana dan mak serta ahli keluarga lain menaiki sampan yang dikayuhnya sekitar sungai.Pada masa itu memang airnya sangat dalam dan luas sungai tersebut, cuma sekarang ia semakin cetek dan sempit.Disepanjang sungai , banyak terdapat pokok berembang dan pokok ulam putat.Dari situlah ana kenal dan sering makan buah berembang.Maklumlah, pada masa itu nak makan buah-buhan import ni payah sikit, kalau ada pun epal dan buah oren yang banyak.

Buah Berembang (Foto FB Bunga dan Buah)

Inilah rupa buah berembang berwarna hijau dan isinya penuh dengan bijian kecil.Idea untuk menulis entri ini datang selepas ana melihat foto buah berembang ini dari Facebook Bunga dan Buah yang banyak berkongsi keindahan dan keunikan buahan dan bungaan.Buah berembang ini rasanya sangat masam walaupun telah masak.Selalunya kami makan dengan gula dan kicap yang dicampur cili dan sedikit belacan.Rupanya memang unik kerana kudupnya seperti bintang.

Buah dan bunga berembang (Foto kredit:animhosnan.blogspot.com)

Pokok berembang akan tumbuh liar di kawasan berair di tepian sungai.Bunganya berwarna ungu dan berjalur-jalur halus dan sering kami jadikan bahan mainan masak-masak sewaktu kecil-kecil dahulu yang di bawa pulang oleh arwah opah dan tok dari sungai.

Begitulah serba sedikit perkongsian nostalgia ana tentang buah berembang di suatu masa dahulu.Kini memang sudah tidak ana ketemu lagi buah berembang di mana-mana juga,mungkin masih ada tetapi payah untuk menemuinya lagi.

~berkongsi kisah silam disini~

20 ulasan:

  1. Baru hari nih kenal buah berembang nih.. nampak sangat bukan budak kampung..padahal tinggal kat pekan kecil jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kampung kalau yang dekat2 ada sungai je izzeyda yang kenal buah berembang ni hehe..:)

      Padam
  2. Balasan
    1. unik kan Suki..dah 'rare' sangat buah berembang ni sekarang..

      Padam
  3. kat hulu kelang ni ada kampung berembang..rasanya kampung tu dapat nama dari pokok ni kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kampung berembang tu ye..hehe agaknya lah sempena buah berembang ni namanya..:)

      Padam
  4. Ermm..memang tak pernah tahu buah berembang ni..tq perkongsian ini

    BalasPadam
  5. Abah selalu cerita pasal buah ni...hari ni baru tengok rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. inilah rupanya buah berembang Fuza..hehe

      Padam
  6. Thanks sudi share info...first time dengar pasal buah berembang ni hehe jakun betul :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's ok MissNick, generasi muda ni memang ramai tak tahu pasal buah berembang ni dear..kak ana sharing2 kat sini kay..hehe

      Padam
  7. Zaman kak kecil2 dulu buah ni la kami makan. Bukan sedap pun. tapi budak kampung, biasala...

    BalasPadam
  8. betul sangat kak mala, bukan sedappun masam sangat kan dengan biji2nya tapi itulah kehidupan kita semasa di kampung dahulu, semua nak cuba rasa..adventure lah katakan hehe.. :)

    BalasPadam
  9. Lama tak nampak buah ni.
    Ramai dah tak kenal pun buah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu TK, ramai yang tak pernah tahu dan lihat apatah lagi merasa buah berembang ni

      Padam
  10. Balasan
    1. ramai yang tak pernah lihat Mimi..kak ana cuba kongsikan disini..hehe

      Padam
  11. akak first time tengok ni ana...mungkin banyak kat perak ye? NS kg akak tak ada pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. pokok berembang ni biasa tumbuh di kawasan berair macam paya bakau dan tepian sg zila..belakang rumah arwah tok dulu memang sungai Perak tu yg kami kenal buah ni..

      Padam