Telenovela The Borrowed Wife di TV3
29hb Mac yang lalu berakhirlah episod Telenovela Magkano Ba Ang Pag-Ibig dan mulai 30hb Mac semalam, bersiaran siri baru slot Telenovela Tv3 iaitu The Borrowed Wife. Drama terbitan GMA Network membariskan pelakon-pelakon jelita dan kacak seperti Camille Prats, Rafael Rosell, TJ Trinidad dan Pauleen Luna.
The Borrowed Wife di TV3
Pelakon The Borrowed Wife
Pelakon utama :Charee Pineda sebagai Maricar Perez
Camille Prats sebagai Sophia Gonzales
Rafael Rosell - Ricardo Rico Santos
TJ Trinidad - Edgardo Earl Villaraza
Pauleen Luna - Teresa Victoria Tessa Pelaez-Santos
Dibantu oleh :
Yayo Aguila - Imelda "Elda" Beltran
Sherilyn Reyes - Mimi Perez-Garcia
Kevin Santos - Jorrel Geraldes
Lou Sison - Jenny
Diego Castro -Carlo
Rhed Bustamante - Joanna Santos
Zarah Mae Deligero - Denden Garcia
Jojit Lorenzo - Biboy Manalo
Caridad Sanchez - Celing
Sinopsis The Borrowed Wife TV3
Berkisar kisah persahabatan di antara Maricar dan Tessa yang mana Tessa gadis hartawan yang meminati Rico namun akhirnya Rico memilih Maricar seorang yang lemah lembut dan sederhana sebagai isterinya. Selepas perkahwinan mereka dan dikurniakan seorang ank perempuan, Rico di tuduh menyeleweng wang syarikat dan diberhentikan kerja. Ketika inilah Tessa muncul dan menawarkan pekerjaan dan jawatan buat Rico. Namun hakikatnya Tessa ingin menawan semula Rico dari Maricar.
Kecurangan Rico dan Tessa akhirnya diketahui Maricar dan berlaku satu kemalangan di mana Maricar telah menghilangkan dirinya. Selepas tersedar dari kemalangan, Maricar menemui Earl. Waktu itu Maricar telah hilang ingatan dan tidak mengingati siapa dirinya sendiri.
Earl menganggap Maricar sebagai kekasihnya Sophia dan dengan kerjaya nya sebagai seorang pakar bedah, Earl telah merubah identiti Maricar sebagai Sophia. Hinggalah akhirnya Maricar dipertemukan semula dengan Rico dan Tessa. Apakah Maricar akan kembali ingatannya atau apakah Maricar akan kembali kepada Rico, jom kita layan kisah cinta ini hingga ke episode akhir nanti.
kredit sumber : www.gmanetwork.com / Google Image :)
Episod Akhir The Borrowed Wife
Hari ini 20hb Jun 2016, merupakan episod terakhir siri telenovela TV3 The Borrowed Wife ni. Berdebar-debar juga adengan-adengan akhir. Bagi yang tak sempat menontonnya, meh ana ceritakan serba sedikit kesudahan drama siri yang hebat ni.
Rico mengetahui rahsia sebenar Sophia ialah isterinya Maricar dari teman lelaki Sandra yang telah mati dibunuh Earl.Rico cuba menjejaki Maricar namun Earl telah membawa Maricar lari ke sebuah pulau terpencil. Disana Maricar telah pulih ingatannya setelah berlaku kebakaran kecil di dalam stor dan cuba melarikan diri bersama Manang Celing namun berjaya di halang oleh Earl.
Tessa yang akhirnya memberitahu pihak polis dan membantu Rico menjejaki Maricar di pulau tersebut dan Earl telah melepaskan tembakan kepada Maricar . Maricar selamat dan pulang ke pangkuan Rico dan keluarganya. Namun Earl tetap muncul semula dan berjaya menculik Maricar dari hospital serta mencederakan wajah Maricar. Sekali lagi Rico dan pihak polis berjaya mendapatkan Maricar dengan bantuan Jenny. Akhirnya Earl membunuh diri dan Maricar kembali ke wajah asalnya setelah menjalani pembedahan serta Happy ending bersama Rico dan Joanna,
TAMAT
31 Comments
uish kak ana filipino ke latino ni heheh. cam dah tertukar. dulu2 rajin jugak layan cerita macam ni..
ReplyDeletefilipino wani,haah kak ana memei layan telenovela ni hihi,petua tak nak tido siang haha :)
Deletecantik pelakon perempuan diorg... Tp paling minat pasangan Philippine Marian rivera & Dingdong dantes.. =)
ReplyDeletewah samalah aina,feveret tetap dongyan :)
Deletehihihi dah lama akak tak layan telenovela..
ReplyDeleteBab pelakon perempuan yg cantik gebu tu yg suka tengok..
kann cantik2 pelakon depa ni kan :)
Deletehai kak Ana..Fida singgah dan follow sini..Fida sempat tgk kejab ja drama ni..tu pun sebab memang EL..
ReplyDeleteterima kasih fidah, haha jadilah sekali pun ye :)
Deletetudia peminat telenovela rupanya.... hehe
ReplyDeletewajib mummy :)
Deletemummy kalo layan ni, jem rumah tangga... hahaha
ReplyDeletetak pe mummy kasi can kak ana jer layan kay :)
DeleteBestnya kalau boleh tengok tv...
ReplyDeletekerjalah zumal, biaq kakak jer layan naa haha :)
DeleteCantik dan hensem pelakon-pelakon depa.
ReplyDeleteMemang dah lama tak ikut drama-drama bersiri ni.
dia kalau dah start follow melekat mama hihi :)
Deletekan DR ,kak ana rajin follow telenovela GMA ni :)
ReplyDeleteBest cita ni..sis nk tya yg pelakon bwa watak maricar tu sape ya.. Minat tgk dia lg dri yg bwak watak sophia tu hehe
ReplyDeleteterima kasih Nur Iza izni, baru perasan rupanya dua pelakon yang berbeza, Maricar di bawa oleh Charee Pineda, rujuk semula di wikipedia the borrowed wife, :)
Deletesaya dh terjebak cita ni. nasib baik kt opis ada tv...pagi2 siap kn semua keja..pukul 3 ms untuk tgk tv.
ReplyDeletebetul tu iza izani.....sy lg suka watak maricar dari watak sophia
wah shila untungnya boleh tengok kat opis lagi hihii :)
DeleteKat mana akak layan telenovela online ke? Ada subtitle b.ing. tak?
ReplyDeletesiaran di slot telenovela tv3 Rosmina, kalau online tgk di tonton.com
DeleteTapi dah kena bayar sekarang.😢
Deleteoo ye ke... mungkin boleh tonton di youtube, cuma tiada subtitle lahdan kena cari episod demi episod yg tertinggal tu .
Deletedekat mana nak tengok online? kalau tertinggal satu episod rasa macam rugiii. tolongggg.
ReplyDeletekalau tertinggal boleh je ke tonton.com Normal Azrina atau rajinlah cari episodnya di youtube cuma tak ada subtitle lah..:)
DeleteNak lagu tema cerita ni.. Tgok dkt utube lagu lain yg kluar bkn lagu ni. Huhu sedih. Byk kali dh carik tk jumpe. Please help me ana
ReplyDeletehaha kalau AJ pun sumbernya dari youtube gak lah Intan.. tak pasti mana nak cari mungkin boleh try dari carian tajuk lagu tu di SE :)
DeleteNak tema lagu dia :(
ReplyDeletetak ada sumber laa pulak, kena cari di youtube mungkin :)
Delete