sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 22 November 2014

Menara Condong Teluk Intan diwaktu malam


Menara Condong Teluk Intan:

Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong pada tahun 1892 dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.
 

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. 

 
Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong.  Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah "Pagoda".  Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina. 

 

Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah bangunan 8 (Lapan) tingkat; sebenarnya hanya terdapat 3 (Tiga) tingkat sahaja.  Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki.  Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu; terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 (Enam) kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2 (Dua) kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi kegunaannya sebagai tangki air ditingkat 3 (Tiga) yang diperbuat dari kepingan keluli setinggi 16 kaki  dengan muatan 680 kaki padu.  Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki. 

Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.

 (sumber : mpti.gov.my )


Keindahan Menara Condong pada waktu malam:

 







Inilah menara condong kebanggaan ana sebagai anak jati dilahirkan dan dibesarkan di Teluk Intan,Perak.Jika dahulu, ketika masih di alam persekolahan memang kami tak ambil peduli pun tentang menara condong ini.Fungsinya ketika itu hanya sebagai jam besar untuk melihat waktu dan menunggu ketibaan bas dari bandar Teluk Intan untuk pulang ke rumah.Ini kerana di era 1990-an, di hadapan menara condong inilah stesen bas untuk ke Jalan Changkat Jong, dimana kami akan menunggu bas dari sekolah ke rumah.

Namun kini, ana sangat bangga dan sayang akan bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk bandar Teluk Intan.Pada ketika ini, disekeliling menara condong di bina dataran untuk pelbagai aktiviti rasmi dan tidak rasmi.Sekarang ramai pengunjung datang dari dekat dan jauh ke sini semata-mata untuk melihat keunikkan menara condong,Teluk Intan yang sememangnya condong.

Pada waktu malam, ia diserikan dengan keindahan lampu disekeliling menara dan bertukar-tukar warna.Dihadapan menara condong Teluk Intan, terdapat 'food court' yang menjual pelbagai makanan yang enak-enak dan sangat popular bagi kami orang Teluk Intan seperti gado-gado, satay Wak Teni, popia dan macam-macam lagi.Disamping itu terdapat juga aktiviti jualan , gerbang malam yang menjual pelbagai barangan dengan ciri ala-ala 'uptown'.

Jika berkesempatan berada berdekatan bandar Teluk Intan, jangan lupa untuk ke sini sambil melihat keindahan senibena unik ini yang hanya ada di sini selain menara Pisa di Italy.


~berkongsi tempat menarik di Teluk Intan, Perak~

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. eyda dah pernah sampai tak? dekat je dari Ipoh tu hehe :)

      Padam
  2. Menarik...tak pernah sampai Teluk Intan lagi...insya Allah ada kesempatan satu hari nanti boleh singgah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa allah Miss Nick, ada rezeki boleh singgah sini:)

      Padam
  3. xpernah sy ke perak...teringin jg ke sana...insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah Tiqi nnt boleh datang Teluk Intan makan angin kay.. :)

      Padam
  4. Tak pernah lihat yang waktu malam punya...colourful...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam memang cantik dan agak meriah di sekitar menara ni Ainun..:)

      Padam
  5. Bilalah nak sampai kesini..cerita pasal gerai makan gado-gado..aish, terasa macam nak makan sangat waktu ini...dah lama sangat tak makan gado-gado...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah Kak Mala, ana doakan suatu hari nanti Kak Mala akan sampai jua ke kampung halaman ana..amin.:)

      Padam
  6. Singgah dan follow sini #754
    Ana jingga asal t.intan ke? Kat mana? Sama la kita....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cik Iput, nanti kak ana menyusul ke sana semula :) Ye sangat, kak ana berasal dari Teluk Intan, Jalan Changkat Jong ,berdekatan Hospital Daerah... :)

      Padam