sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 2 September 2015

Kacang Rebus Teluk Intan


Kacang Rebus di Teluk Intan 



Isnin lepas ana balik Teluk Intan kejap sangat, balik hari sahaja kerana nak hantar kak long balik kampus ke Tapah malam tu juga.Tak sempat nak menjamu selera kat mana-mana walaupun banyak dah ada dalam wish-list dari group FB makan-makan Teluk Intan.

Sempat juga menziarah menara condong petang tu sambil adik nak ambil tudung Aj di sebuah kedai berhadapan bumbung biru.Sementara adik mengambil tudung , ana sempat juga membeli sebungkus kacang rebus di hadapan Menara Condong, Teluk Intan.Rindu pula nak makan kacang rebus ni.

Kalau dahulu masa kecil, antara yang arwah Tok akan belikan apabila ke pekan Teluk Intan ialah kacang  rebus dan apam balik.Dah tu sahaja yang ada disini masa tu kan.Tapi bukan main suka lagi kalau dapat makan kacang rebus dan apam balik ni.Nostalgia lagi...

Macam tu lah ana, akan terus bernostalgia setiap kali balik kampung halaman tercinta.Semua yang ada disini, ada kisahnya.Setiap yang sedap-sedap semua ada di Teluk Intan.Setiap jalan yang dilalui ada kenangannya.Walau di mana langit dijunjung dan bumi dipijak, Teluk Intan tetap di hatiku.O my hometown!!

37 ulasan:

  1. Rindu kampung n makanan best kt kg... pergilah negeri mana pun tp tetap rindukan makanan n suasana kat kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup kak ana setuju dengan amir zahari :)

      Padam
  2. Tengok kacang rebus ni, terbayang sedang mengunyahnya.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan aizamia3 memang best tak leh nak stop kan hihi :)

      Padam
  3. fav kaknoor ni kacang rebus pantang nampak orang jual mesti nak beli haha

    BalasPadam
  4. Teringat masa sekolah, dok tunggu bas sambil makan kacang rebus..

    BalasPadam
  5. Kacang rebus ni my hubby's feveret. Kalau ada jual kt mana-mana. mesti beli. Cuma kualiti kacang tu yang tak menentu. Kena yang tak elok..pahit le jawabnya ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah takut yang lama kan che mid :)

      Padam
  6. pebret cik en gak.. cik en di manjung ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah sama le kita cik en, sekapei kata orang perak haha :)

      Padam
  7. Betul..betul..betul kat mana pun kita pergi kampung tetap di hati.
    Paling best bila teringat zaman kanak-kanak, zaman main bola beracun, main galah panjang, baling tin dan macam-macam lagilah hiks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Mrs A, kampung halaman tetap di hati :)

      Padam
  8. Lama sudah tak makan kacang rebus..
    Nak datang yang sedap memng susah d kelantan nie..
    Apa2 pun untuk kesihatan AM ada sediakan tips2 yang paling awesome di www.alongmisuari.com

    BalasPadam
  9. Kacang rebus ni pun sinonim dgn rnr sepanjang perak..saya org utara..so kalau xkacang rebus beli jgung cup..

    Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan nur amni salah satu lah wajib beli bila di rnr tu :)

      Padam
  10. mcm2 makanan menarik yer di teluk intan, nanti nak kena pergi terjah jugak la..

    BalasPadam
  11. sedapnye..lama tak mkn..nnti nk cri kat pasar mlm la

    BalasPadam
  12. Wah.. Sedapnya.. Btw Cikla Ada tag Kak Ana tau...

    http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2015/09/shawl-giveaway-by-melodi-cinta-kita.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok cik La, all the best dalam GA kay :)

      Padam
  13. wahh kc pun suka gak kacang rebus ni. sedap kan. kat RnR Tapah sedap gak heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. eleh mentang2 balik Perak baru2 ni ye KC :)

      Padam
  14. Kacang rebus ni makanan dari zaman kak kecil dulu sampailah sekarang tapi dulu2 nak beli kena pergi pekan baru ada. Yang jual semua orang Cina...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak mala dulu2 yang jual cina sekarang dah ada orang kita yang jual kan :)

      Padam
  15. Dulu arwah atuk SA pun rajin belikan SA kacang rebus..kat stesen bas Kuala Pilah...nak plak SA memang satu2nya cucu perempuan masa tu...memang menjadi kesayangan la..Nostalgia sgt tau kak ana...rindu arwah atuk...Alfatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al Fatihah buat arwah tok SA..samalah kak ana pun satu2nya cucu yang duk dengan arwah memang manja sangat masa tu..Allahu Akbar :)

      Padam
  16. sy pon selalu makan kacang rebus ni sebab sy org teluk intan :)

    done follow u

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq KN nanti kak ana susuri semula kay :)

      Padam
  17. hi hi yes tempat ana membesarkan :)
    aida lom pernah sampai teluk intan.
    in shaa Allah mau plan nanti holiday di perak...
    jalan seluruh perak pasti terbaik,kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok aida, jom cuti2 Perak kay :) banyak tempat2 menarik pernah kak ana kongsikan di sini :)

      Padam
  18. Lapar pula.. Nak cari benda untuk kunyah la

    BalasPadam
  19. bapa khaty suka sangat beli kalau berenti dekat RNR..

    BalasPadam