Kacang Rebus di Teluk Intan 



Isnin lepas ana balik Teluk Intan kejap sangat, balik hari sahaja kerana nak hantar kak long balik kampus ke Tapah malam tu juga.Tak sempat nak menjamu selera kat mana-mana walaupun banyak dah ada dalam wish-list dari group FB makan-makan Teluk Intan.

Sempat juga menziarah menara condong petang tu sambil adik nak ambil tudung Aj di sebuah kedai berhadapan bumbung biru.Sementara adik mengambil tudung , ana sempat juga membeli sebungkus kacang rebus di hadapan Menara Condong, Teluk Intan.Rindu pula nak makan kacang rebus ni.

Kalau dahulu masa kecil, antara yang arwah Tok akan belikan apabila ke pekan Teluk Intan ialah kacang  rebus dan apam balik.Dah tu sahaja yang ada disini masa tu kan.Tapi bukan main suka lagi kalau dapat makan kacang rebus dan apam balik ni.Nostalgia lagi...

Macam tu lah ana, akan terus bernostalgia setiap kali balik kampung halaman tercinta.Semua yang ada disini, ada kisahnya.Setiap yang sedap-sedap semua ada di Teluk Intan.Setiap jalan yang dilalui ada kenangannya.Walau di mana langit dijunjung dan bumi dipijak, Teluk Intan tetap di hatiku.O my hometown!!