sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 23 Oktober 2015

Kek Milo Microwave Tiga Minit


Dah lama viral tentang kek Milo tiga minit di laman-laman Facebook , cuma baru-baru ni sahaja semasa cuti jerebu ni, adik Ika duduk di rumah sambil mengulangkaji pelajarannya asyik berasa lapar 24jam. Ana pun carilah di internet resepi mudah yang boleh di sediakan untuk menu petang budak manja ni dan terjumpa resepi kek Milo microwave tiga minit yang memang sangat-sangat cepat dan senang untuk di sediakan.Jom ana kongsikan semula resepi ni ,sangat mudah  sehinggakan anak-anak kita pun boleh membuatnya sendiri.

Resepi kek Milo microwave 3 minit

 


Resepi asal yang diberikan oleh salah satu blog masakan ialah seperti berikut , namun ana mengolah semula resepi kerana ia terasa agak kering dan tawar sedikit bila di makan. Jadi olahan resepi ana adalah seperti yang di bawahnya.Bolehlah memilih mana-mana versi untuk di cuba kerana kedua-duanya memang menjadi cuma berbeza tekstur.Ana sendiri telah membuat resepi ini sebanyak tiga kali untuk menu petang di rumah bersama adik Ika dan kak Long yang baru balik untuk cuti semestanya minggu lepas.

Resepi asal dari blog masakan :

4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula kastor atau gula halus
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla


Resepi kek Milo 3 minit 

4 sudu besar tepung kek
4 sudu besar Milo
1 sudu besar gula kastor
3 sudu besar susu pekat
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak masak/minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

( resepi ini ana olah semula untuk mendapatkan tekstur kek yang lebih lembab dan manis)

Cara membuat kek Milo 3 minit


Adunkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan kacau sebati dengan menggunakan wisk atau sudu pun boleh.. Masukkan ke dalam mug atau mangkuk tembikar yang tahan pada suhu microwave dan tetapkan pada suhu high dan timer untuk 3 minit.In Shaa Allah tepat tiga minit ia akan masak dengan sempurna.



Sebelum adunan di masukkan ke dalam microwave, pastikan tidak mengisi penuh mug atau cawan supaya tidak melimpah apabila masak nanti.



Resepi yang sangat mudah dan cepat untuk di sediakan hanya dalam 3 minit siap untuk di makan.Boleh juga dihidangkan bersama chocolate syrup sebagai penambah perisa .Selamat mencuba .

26 ulasan:

  1. Wah... mmg senanglah... nmpk sedap jugak... nanti nk try lah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah cik La nanti update ye hasilnya :)

      Padam
  2. mesti sedap kan...nk try lah. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap melissa, try kay nanti update balik kat blog kak ana nak tengok hihi :)

      Padam
  3. masih viral lagi nih tapi tak pernah try pun sebab takde microwave. huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi ada juga yang guna oven Roziah, cuma kena tambah masa lah :)

      Padam
  4. dah lama nak try buat kek cawan ni.. tapi masih tak yakin.. hehehehee..
    lagipun sebelum ni hujung minggu ain sibuk dengan jadual JK1M.. kena jaga diet tak leh makan kek coklat... cewaaahhh... :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. cewaa kipidap ain...dongibap haha :)

      Padam
  5. wahhh tak sangka, kena try ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom try linda..senang bangat ni haha :)

      Padam
  6. Balasan
    1. rajinlah wak, nak makan kan hihi :)

      Padam
  7. sedapnya..tengok macam kek moist dah..basah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang agak moist Nick kak ana ubah suai dari resepi asal yang agak kering :)

      Padam
  8. sedap kek ni..kukus pun boleh kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ye Mai, kak ana tak pernah kukus lagi ,mungkin lah kan ..:)

      Padam
  9. sayangnya SA bab baking fail walau ada resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hat senang sangat SA, tak yah nak baking sangat :)

      Padam