Alhamdulillah, Adik Ika di tawarkan menyambung pengajiannya selepas cemerlang dalam SPM yang lalu. Dua pilihan yang ada padanya, pertama dari Kolej Matrikulasi selama setahun di Gopeng, Perak dan satu lagi tawaran pengajian diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer di UTEM, Melaka. Setelah seminggu lebih dalam dilema, akhirnya Adik Ika memilih untuk menyambung pengajian dalam kursus Matrikulasi di Kolej Matrikulasi, Perak di Gopeng. Lega juga lah hati seorang ibu, pertamanya lokasi lah kan. Gopeng di Perak, negeri kelahiran ana sendiri dan tidaklah begitu jauh dari kampung halaman serta dari habitat kami sekarang ni. Keduanya..bila Adik Ika memilih Matrik, In Shaa Allah selepas setahun dia akan terus sambung ke peringkat Ijazah nanti. Semoga di permudahkanNya juga buat anak-anak semua..Aamiin. 



Sama seperti Kak Long dahulu, ana akan kongsikan disini, persiapan dan persediaan yang perlu kami lakukan sebelum hari mendaftar ke Kolej Matrikulasi itu nanti. Banyak prosedur yang harus dilakukan untuk urusan dokumentasi supaya lengkap dan memudahkan urusan apabila ke sana nanti. Mula-mula kenalah cetak semua dokumen dan buku panduan yang di berikan di laman web rasmi Matrik. Sediakan check list agar setiap prosedur dan keperluan dapat disempurnakan.




Semalam kami ke BSN untuk menguruskan pembayaran yuran Matrikulasi untuk setahun berjumlah RM599.64 .Jangan lupa bawa bersama kad pengenalan dan juga surat tawaran kemasukan ke Matrik. Ana juga membuka akuan simpanan Giro untuk Adik Ika kerana wang elaun bulanan akan di masukkan ke akaun BSN sahaja. Untuk membuka akaun di BSN cuma memerlukan RM50 sahaja. Walaupun belum mencapai usia 18 tahun, Adik Ika tetap diberikan kad debit/atm BSN. Lega sikit senanglah dia nak keluarkan wang nanti di sana. Selesai satu urusan. Nanti slip pembayaran dan kad yang menggantikan buku akaun BSN tu perlu di fotokopi dan di sertakan ketika pendaftaran dan juga pendaftaran online.

Lepas tu, kami ke kedai gambar untuk mengambil gambar berukuran pasport. Empat keping gambar berukuran pasport dan jangan lupa minta cd atau soft copy untuk gambar tadi. Ini kerana semasa pendaftaran secara online, mereka akan meminta calon pelajar untuk upload terus secara online gambar tersebut. Untuk pendaftaran online adalah mengikut lokasi Kolej Matrikulasi masing-masing. Contohnya Adik Ika mendaftar di register.kmpk.matrik.edu.my ( untuk cawangan Perak ).

Dah selesai semua urusan dokumentasi, barulah ana boleh fokus pada pesedian keperluannya pula. Difahamkan sepanjang pengajian Matrik ni, di galakkan berpakaian baju kurung sepanjang tempoh pembelajaran. Dan berlainan dengan Kak Long yang menuntut di kampus Uitm, di Kolej Matrikulasi ni, tidak dibenarkan membawa peralatan elektrik seperti seterika dan sebagainya. Seterika di sediakan di hostel nanti, dan ana pasti akan mengambil masa juga untuk giliran menggosok pakaian. Ana belikannya beberapa helai shawl yang mudah tanpa perlu di gosok untuk kegunaannya di sana nanti. Begitu juga dengan baju kurung, dari jenis kain yang tak perlu di gosok untuk memudahkannya. Paling tidak pun, dia hanya perlu gosok sekali seminggu dah cukup kan.. In shaa Allah.

Lain-lain keperluan peribadi seperti cadar, sarung bantal, baldi, toiletries, hanger, sepit baju ampaian, keperluan peribadi lain yang lazim di perlukan untuk urusan anak di sana nanti.Rasanya setiap ibu mana pun pasti akan ada sedikit kegusaran untuk melepaskan anak pertama kali ke mana-mana pusat pengajian tinggi kan. Lebih-lebih lagi anak yang sentiasa dibawah jagaan kita sendiri. Apapun, ana sentiasa doakan semoga perjalanannya menimba ilmu di sana akan sentiasa dipermudahkan olehNya. Aamiin Ya Rabb.

6 Comments

  1. untuk bakal student yang nak sambung pengajian ke matrikulasi boleh-boleh baca entri ini kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat buat mereka CCL , In Shaa Allah

      Delete
  2. all the best Ika! belajar rajin-rajin ye

    ReplyDelete
  3. Tahniah Adik Ika..Alhamdulillah...semoga terus cemerlang ..

    ReplyDelete