Resepi daging black pepper
Ana ni bab masak daging tu tak berapa mahir sangat walau pun dah tak berapa nak muda lagi dah nii.. Selalu failed bila masak tak berapa lembut daging nya. Tak pandai potong lah agaknya kan, sebab tu rumah ni jarang masak menu daging. Tapi kalau dapat daging segar, elok lah pula kejadiannya. Atau mungkin juga sebelum ni hat yang masak tak lembut tu sebab daging ais kut yer 😊😊 Haha !! Duk cari salah daging pulak kan, cakap je lah tak pandai masak kan senang.
Walaupun kita ni suri rumah sepenuh masa, bukan semua bab kita terre naa.. Lain orang lain kelebihan yang Allah swt kurniakan, kerana kita hambaNya tidak akan pernah sempurna. Tapi minggu lepas, ana masak daging black pepper ni, elok je hasilnya. Daging empuk lembut dan rasa pun sedap. Alhamdulillah. Resepi ni inspirasi dari Khairulaming lah, bila suami layan video beliau, terus request suh masak. Sebagai isteri mithali , cewahh!! Ana pun beli 500 gram daging dan masak lah mengikut resepi Khairulaming tapi olah semula dengan cara kita sendiri.
daging black pepper |
Resepi daging black pepper mudah
Bahan-bahan :
Daging - dipotong nipis dan kecil
Sos black pepper
Sos tiram
Kicap manis
Sos seasoning
Bawang merah - di tumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Lada hitam - di tumbuk kasar
Bawang holland - hiris
Capsicum - hiris besar
Garam
Air bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis
Cara masak daging black pepper
- Perap hirisan daging bersama sos tiram, kicap manis, sos black pepper, seasoning dalam setengah jam.
- Masukkan garam dan lada hitam yang di tumbuk kasar tadi.
- Panaskan minyak, masukkan perapan daging dan masak hingga kering air perapan dengan api perlahan. Masukkan baki air perapan tadi untuk melembutkan daging.
- Masukkan bahan tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kacau sebati.
- Masukkan bawang holland dan capsicum .
- Untuk kuah pekat, masukkan air bancuhan tepung jagung dan rasa lah garam secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk hidangan.
Untuk tutorial video , layan je di youtube bawah ni, jangan lupa subscribe untuk resepi masakan marhein naa 😉😉
26 Comments
Nieyl pun suka masak daging mcm ni..sedap makan ngan nasi panas...
ReplyDeletesedap kan nieyl :)
DeleteNampak menarik la kak Ana...cuma SA sekarang kena stop dulu makan daging sebab platelet darah tinggi skit...x tau la apa kaitan ngan daging merah ni...
ReplyDeletejaga kesihatan dulu SA,nanti boleh lah makan kay :
Deletewow sedapnya
ReplyDeleteberselera
haah sedap Lynda :)
Deletesedap,nampak menarik.
ReplyDeletealhamdlillah sedap Han :)
Deletenyum2 nak cuba la
ReplyDeletetry kay anum :)
Deletesy pon xreti masak.. lg la kalo sruh masak daging mmg lgsg xjd.. haha..
ReplyDeletesedapnya daging blackpepper..
mkn ngn nasi panas2.. bertambah!
kena cuba ezy lama-lama okay lah kan hehe :)
DeleteMemang handal memasak...syukur nikmat makanan
ReplyDeletetak lah handal etuza,cuba2 jer hehe :)
DeleteSedapnyaa nampak kak Ana, okay next time boleh try buat :)
ReplyDeletetry nanti nani :) sedap
Deleteakak msak apa pun i makan tau...so sila bagi i makan sikit hahaha
ReplyDeletehaha meh datag rumah kakak ,Kolin :)
DeleteSalahkan daging ya hehehee mentang-mentang daging tak boleh menjawab eh!
ReplyDeleteNampak menarik kejadian daging black pepper k.Ana tu.
Itulah Mrs. A kalau masak daging risau tak empuk tu yang rebus dulu k.Ana.
Teringat pulak lunch semalam baharu makan daging black pepper ;-)
kalau rebus hilang pula manisnya kan Mrs A :)
Deletethat looks super good
ReplyDeletetq :)
DeleteSedapnya kak Ana.. kesukaan sha nie..
ReplyDeleteSha suka makan daging black pepper rupanya :)
Deletesaya sukaaaa tapi prefer yang kering sket..
ReplyDeleteada kuah sikit2 ja.. tpi kat kg ni ramai x suka blackpepper..
anak2 buah x suka sbb pedas..
owh kak ana suka basah2 lembut sikit nak kunyah hehe :)
Delete