PRINTCIOUS.COM - CIPTAKAN HADIAH BUAT YANG TERSAYANG

by - Wednesday, July 26, 2017

Kadang-kadang memang pening untuk memilih hadiah apakah yang paling sesuai untuk meraikan hari istimewa buat insan-insan tersayang. Tak kira lah hadiah harijadi, hari ibu, hari bapa, hari guru, wedding anniversary dan sebagainya. Perkara pertama yang kita fikirkan pastilah nak cari sesuatu hadiah yang paling unik, istimewa dan kalau boleh nak yang custom made dari hati sendiri. Pasti lebih 'rare dan special bila dapat hadiah kan seseorang yang tersayang dengan mencoretkan atau melakarkan sesuatu dari cetusan idea kita sendiri daripada membeli yang ready made di pasaran. 

Best kan? Korang nak tahu tak, kat mana kita boleh design atau reka cipta hadiah dengan ilham idea kita sendiri ? Contohnya, mug dengan wajah ibu atau ayah yang bakal dihadiahkan sempena Hari Ibu atau Hari Lahir mereka, kusyen cantik dengan potret keluarga tersayang untuk dihadiahkan sempena Ulang Tahun Perkahwinan dan sebagainya. Korang jangan pening kepala dah..sebab ana dah tahu kat mana nak dapatkan hadiah yang istimewa dari hati ni, kat mana ?? Hanya di www.printcious.com/my 



Rekakan Hadiah Dari Hati di Printcious.com

Sesuai sangat dengan tag line mereka di www.printcious.com/my  iaitu “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” yang bermaksud Hadiah Istimewa Dari Hatimu untuk yang tersayang, di sini kita boleh merekacipta atau personalised dengan mencetakkan kata-kata dari coretan hati ataupun meletakkan foto potret mereka yang teristimewa ini pada pelbagai produk pilihan yang ada seperti mug, kunsyen, key chain, t-shirt dan lain-lain lagi. Pastilah ia akan menjadi hadiah yang amat bermakna untuk insan-insan yang kita sayangi. Dan yang paling best ialah harga yang sangat berpatutan, kualiti hasil produk yang sangat bagus dan pelbagai tawaran istimewa yang menjimatkan. 


Pelbagai Idea yang sesuai untuk diberikan sebagai hadiah di Printcious.com

Ana pasti antara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan idea, hadiah apakah yang sesuai untuk lelaki, perempuan, kawan-kawan, ibu bapa, hari guru dan sebagainya. Pening juga kan bila kita ke gift shop berpusing-pusing malahan berjam duduk belek satu persatu apakah yanga paling best untuk di berikan sebagai hadiah. Namun lebih mudah jika kita hanya melayari www.printcious.com/my  sambil baring atas sofa dan create personalized gift dari rumah sahaja. Nanti ana akan tunjukkan caranya yang sangat menarik dan menghasilkan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.


Cuba korang tengok sendiri pelbagai jenis produk yang ada di Printcious.com di mana korang boleh memilih untuk personalized kan sendiri produk-produk tersebut atau kalau dah malas dan tak ada masa sangat tu, beli je yang dah siap terhasil. Dan yang paling awesome harga dia kan... sangat berbaloi dan menjimatkan. Setiap tempoh masa tertentu akan di tawarkan potongan harga lumayan. Jom cepat-cepat ke Printcious.com dan window shopping dulu , bookmark link dan bila tiba hari yang dinantikan terus order sahaja. 



Bagaimana cara menghasilkan personalized gift di Printcious.com



Jom ana tunjukkan pada korang step by step bagaimana menghasilkan hadiah kreatif mengikut kreativiti korang sendiri. Di Printcious.com korang boleh menggunakan customisation tool yang sangat mudah untuk menghasilkan rekaan hadiah korang mengikut idea masing-masing dan aply kan sahaja.Selesai dan puas hati dengan hasil karya korang, terus masuk ke bakul hihi alaaa add to cart la istilah shopping online kan, buat pembayaran dan berikan alamat penuh dan nantikan kedatangan kurier ke depan pintu rumah korang.

1. Mula-mula korang kena lah daftar dahulu sebagai ahli SINI . Isikan sahaja maklumat yang di minta seperti butiran alamat dan sebagainya. Ini memudahkan urusan pembelian kita nanti. Kemudian korang log-in sahaja di www.printcious.com/my untuk pembelian dari Malaysia.

2. Di homepage Printcious.com tu korang klik pada perkataan Create dan pilih kategori produk yang korang nak customised kan tu :


3. Sebagai contoh ana memilih untuk menghasilkan sebuah Tote Bag untuk dihadiahkan kepada anak ana dengan meletakkan design logo Anajingga. Jadi ana klik pada more dan pilih Tote Bag.Dan kita akan di bawa ke ruang untuk mereka sendiri design Tote Bag yang kita ingini. Disini, korang boleh melihat butiran tentang details produk, shipping caj dan urusan penghantarannya. Jika korang dah setuju dengan semua butiran dan harga yang ditawarkan terus klik di bahagian 'Customize it'.


4. Untuk meghasilkan design pada Tote Bag, korang boleh memuat naik (upload) gambar dari Galeri yang korang nak cetak pada hadiah tersebut. Atau boleh juga meletakkan kata-kata dengan klik pada bahagian Text. Lepas tu klik Done kat kotak kecil hijau bawah tu.


5. Korang boleh adjust kat mana nak paste gambar dan pilih font dan warna yang korang nak pada text box yang nak dihasilkan. Senang je kan. Sekali lagi bila dah puas hati klik pada button Done di bawah tu.


6. Akhir sekali lepas korang dah preview design dan puas hati dengan hasilnya terus sahaja klik ke Add to Cart . Di sana ikut sahaja arahan demi arahan yang diberikan termasuk pembayaran , penghantaran dan sebagainya. Siap. Nantikan sahaja hasilnya yang pasti menawan hati bakal si penerima hadiah istimewa ini.



Cara pembayaran pembelian di Printciuos.com

Korang jangan risau kay, di Printcious.com ni korang boleh memilih membuat pembayaran secara online banking ataupun menerusi CDM sahaja. Dan ia mempunyai talian terus ke bank-bank utama di Malaysia. Mudahkan.





Dan penghantaran juga menggunakan perkhidmatan kurier seperti Pos Laju, Sky Net atau Ninjavan. Bukan itu sahaja korang juga boleh memilih sendiri tempoh penghantaran yang diperlukan mengikut bajet kos penghantaran yang perlu di bayar. Namun di Printcious.com ni penghantaran adalah percuma!! untuk pembelian di atas RM70 untuk Semenanjung Malaysia sahaja. 


Jadi apa tunggu lagi, mudah dan istimewa kan tawaran untuk membeli hadiah dengan personalized design. Untuk lebih info dan hebahan terkini kunjungi sahaja mana-mana link yang ana berikan di bawah : 



Twitter : @printcious

Instagram : @printcious


Youtube : printcious-gifts

Email : ask@printcious.com

Alamat : 
No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor D.E, Malaysia.

Happy Shopping !!

You May Also Like

8 comments

  1. wahhh..beli tote bag AJ laaa..hihihi...Sally pernah buat kusyen je kat sini..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sally pernah gak buat kusyen dengan printcious.com ni memang cun :)

      Delete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi Ana jingga

    Boleh buat hadiah sendiri ni. Custom made

    Kalau lihat alamat di Klang saja

    Tak jauh dari rumah Maznee

    Boleh singgah terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Mazni, kena buat tempahan secara online di printcious ni :)

      Delete
  3. Pernah masuk laman web printcious ni . Macam2 kita boleh design

    ReplyDelete
  4. Kak Ana nak hadiah tote tu satu yea... Ogos ni birthday Bonde he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh happy bornday bonde :) hihi

      Delete