Beza Antara Buah Bachang Dan Kuinin

Kadang-kadang kita sering terkeliru antara buah bachang dan buah kuinin.Dari rupa paras nampak sama sahaja, baunya yang menusuk kalbu pun iras-iras juga kan.Cuma bagi mereka yang berasal dari kampung macam ana ni dan dah biasa membesar dengan buah-buah tempatan ni, dapatlah membezakan antara buah bachang dan kuinin.


Tahu tak yang mana satu buah kuinin dan yang mana satu buah bachang dari kedua-dua buah gambar di atas?

Sebenarnya bagi sesiapa yang dah biasa dengan kedua-dua buah tempatan dari keluarga mangga ini, pasti sahaja dapat membezakan antara buah bachang dan buah kuinin ini daripada baunya sahaja.Lain dan berbeza sangat bau kedua-dua buah ini, cuma tak dapatlah ana nak kongsikan disini macam mana baunya kan ..

Selain dari bau, buah bachang dan buah kuinin mempunyai tekstur kulit yang berbeza juga.


buah machang
Buah Bachang
Buah bachang seperti foto di atas mempunyai banyak tompokan hitam pada kulitnya dan ia bergetah bila dipetik. Isinya juga mempunyai sabut yang banyak disekitar bijinya.Apabila dipotong terdapat serat-serat pada isi buah bachang dan sering kali sangkut di gigi ketika kita memakannya.Rasapun agak berlainan dari buah kuinin.



Gambar di atas pula ialah buah kuinin.Kulitnya sama seperti buah mangga biasa cuma berbau kuat.Saiznya lebih kecil dari buah bachang dan permukaan kulit yang agak licin.Sama seperti buah bachang, buah kuinin jika masak masih berwarna kehijuan dan tidak bertukar kuning seperti mangga.Tekstur isi buah kuinin lebih lembut dan tidak bersabut seperti buah bachang.

Kedua-dua buah tempatan ini muncul bermusim.Sedap dimakan mentah ataupun di jadikan serawa.Ana pernah berkongsi resepi serawa buah kuinin di SINI resepi serawa buah bachang di SINI . Walaubagaimana pun perkongsian ana tentang perbezaan antara buah kuinin dan buah bachang ini adalah dari pengalaman peribadi ana sahaja.Mungkin ianya berbeza dengan pandangan orang lain.


~berkongsi perbezaan buah bachang dan buah kuinin disini~

46 Comments

  1. salah bezakan ni kak ana. beza paling ketara ialah pada peribahasa "Bau2 bachang". tapi buah kuini xde peribahasa "bau2 kuinin"....hehehe

    ReplyDelete
  2. itulah biasa cium bau dia nak bezakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Mar, bau pun lain kan bagi yang biasa dengan buah tempatan ni :)

      Delete
    2. cn suka kuinin lagi sbb buah bachang asyik sangkut dkt gigi

      Delete
  3. OOOooo... sebab tu orang cakap "bau-bau bachang" untuk sedara yang tak berapa nak rapat ek?

    Nape tak ada yang cakap "bau-bau kuini" untuk saudara mara yang rapat? hahahaha

    terima kasih atas info ni, saya tahu makan je... tu pun kalau ada orang bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ok alongxp lain kali kita buat peribahasa baru kay .. :)

      Delete
  4. hai k.ana..biah kuinin sedap dimakan..buah macang tak suka sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Khaty, kak ana pun kurang juga kalau bachang ni :)

      Delete
  5. bachang nk mkn dia ada serabut byk kat isi dia..kalau buah konen atau kuini perhh sedap sgt hihii..tp dua2 buah ni buah kegemaran ana..i like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah setuju dengan nor nazliana, kak ana cuma bacang ni kurang sikitlah dari kuinin.

      Delete
    2. kak ana., yg mana satu lg sedap buat sambal belacan ye?

      Delete
    3. CN pada kak ana buah bacang sebab kuinin kak ana tak pernah cuba lagi buat sambal belacan dengannya .

      Delete
    4. Saya suka kuinin. Sambal belacan pun buah kuinin. Sedap. Lajak je mkn

      Delete
  6. Dua2 oun sedap dibuat "lawa" kan ana.cuma kuini tak sesuai dibuat masak dengan daging salai atau telur itik.tak macam bacang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye acik, buah bacang ada yang masak lemak dengan daging salai, jiran ana orang negori pernah bagi merasa, sedap juga.

      Delete
  7. good sharing kak ana! selama ni ingat sama je.tapi memang betul, bab bau tu memang berbeza sikit.yang pasti, dua-dua pun sodap!

    ReplyDelete
  8. bacang sedap buat sambal mentah atau goreng. buat pedas2 memang terangkat. hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Roziah, kali pertama kak ana dengar goreng bacang ni, tak pernah rasa dan tahu pun sebelum ni.Terima kasih berkongsi ye :)

      Delete
  9. Suka buah kuinin.. X jumpa lagi buah ni tahun ni huu.. Memang susah gak nak beza kalo orang x reti makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Wani, sekarang ni ada pula musim kuinin kak ana jumpa di pasar2 malam .

      Delete
  10. smpi skrg suki tak tahu yg mana satu bacang dan yg mana satu kuinin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kak ana tak dapat nak gambarkan bau nya Suki, kalau dapat hidu bau pasti dapat bezakannya dengan mudah hihi :)

      Delete
  11. hb ai pun tak sangka ai kenal kedua2 buah tu..
    Lor.. mestilah ai kenal.. sebab ai membesar di kampung.. takkan abg dah lupa.. itu jawapan pada hb.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ai, anak kampung pasti kenal dengan buah2 ni :)

      Delete
  12. Bacang tu buat sedap gulai lomak cili api ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah SS pernah juga ana rasa di masak lemak dengan daging salai resepi orang negori :)

      Delete
  13. pernah dengar tak kuini org buat sambal???

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah HS tapi kak ana tak pernah rasa lagi, sambal bacang pernah. :)

      Delete
  14. Fuza pun ada buat entry ni kAk Ana. Belum post entry.

    ReplyDelete
  15. saya suka buah kuinin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Nab Arrose, kak ana pun suka kuinin lagi dari bacang ni. :)

      Delete
  16. nia lebih suka buah kuinin

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sama dengan kak ana, suka gak buah kuinin :)

      Delete
  17. dua ² buah ni dah lama tak makan..dah payah nak jumpa la kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada musimnya banyak juga di jual di pasar malam atau pasar tani EDA :)

      Delete
  18. Kalau siapa yang tak pernah makan buah-buah ni, memang takkan tau la bezanya. Sbb beza dia, mcm ana cakap tu la, dari bau.

    Mesti ramai yang tak tahu camner bau buah bacang .. dan bau buah kuinin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu HH, bau nya berbeza kan, kena hidu sendiri baru dapat bezakan :)

      Delete
  19. Saya suka buah kuini. Tapi kuini selalu ada ulat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bachang pun kalau rosak akarnya ada gak makhluk halus tu RS :)

      Delete
  20. Dua-dua buah ini sedap.. bau yang wangi tu memang menaikkan selera.. buat sambal belacan pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan Sha, kuinin tu sedap buat serawa, bachang sedap buat sambal belacan hehe :)

      Delete