Kolej Melati UiTM Shah Alam

by - Tuesday, September 19, 2017

Minggu lepas sekali lagi melalui proses pendaftaran kolej Kak Long. Sebelum ini Kak Long transit ke UiTM Kuala Pilah, kisahnya di SINI sebelum menghabiskan pengajian peringkat Diploma di UiTM Tapah juga ana kongsikan di SINI . Dan kali ini, Alhamdulillah, Kak Long bakal mengikuti pengajian peringkat degree pula di kampus induk UiTM Shah Alam. Lega juga hati, tak jauh dari rumah, masih dalam negeri Selangor lagi. Seperti biasa lah, ana suka berkongsikan pengalaman sebegini sebagai rujukan untuk anak-anak yang bakal melangkah kaki ke lokasi pengajian yang sama, yang pastinya tercari-cari serba sedikit gambaran dan info sebelum memasuki ke mana-mana pusat pengajian. Kisah Adik Ika ke Kolej Matrikulasi, Perak juga boleh dibaca di SINI .


Perkara utama setelah mendapat surat tawaran belajar dari mana-mana IPTA selain lokasi pengajian, sama ada disediakan kolej kediaman atau tidak juga amat membimbangkan ibu bapa dan anak-anak itu sendiri. Bukan apa jika tidak mendapat kolej kediaman terpaksa pula mencari rumah sewa dan ianya bukan mudah untuk mendapatkan lokasi yang berhampiran pusat pengajian serta lain-lain faktor persekitaran. Selalunya sem satu memang disediakan kolej kediaman manakala sem berikutnya bergantung kepada beberapa faktor. Syukur sangat selama menuntut dalam diploma yang lepas, Kak Long tinggal di kolej kediaman sehingga selesai pengajian 2 tahun setengah. Di kampus induk UiTM Shah Alam kali ini, Kak Long ditempatkan di Kolej Melati. 

Kolej Melati UiTM Shah Alam

Nama lagi kampus induk, pastilah UiTM Shah Alam ni merupakan kampus yang terbesar di antara lain-lain kampus cawangan yang pernah Kak Long ikuti pengajiannya. Luas sangat tau, sehinggakan boleh sesat dalam kampus nak cari jalan keluar. Jadi ana fokuskan pada Kolej Melati sahaja ya di dalam entri kali ini. 

Kami hadir ke pintu masuk kampus dalam jam 10 pagi lebih kurang. Dah banyak juga kenderaan yang masuk tetapi tidak lah mengakibatkan kesesakan. cuma terdapat masalah parkir sahaja yang agak jauh menuju ke Kolej Melati di mana proses pendaftaran kolej berlaku di sana. Tetapi pihak MPP menyediakan banyak kaunter dan Kak Long dah awal-awal berjanji datang sama bersama kawannya Nad dan Cha jadi mereka dapat memilih untuk menghuni di bilik yang sama. Kira boleh pilih room mate lah dengan syarat kena cukup bilangan untuk sebilik iaitu 4 orang dan seorang lagi tu kawan Cha.


Inilah carta aliran proses pendaftaran Kolej Melati, UiTM Shah Alam yang perlu di lalui pelajar. Mudah je lah kan..dan sekejap sahaja prosesnya, Alhamdulillah. Kolej Melati ni menurut maklumat yang di berikan oleh MPP mula di huni pada tahun 2002 kalau tak silap dengar hari tu, dan dihuni seramai lebih kurang 3000 pelajar perempuan merangkumi pelbagai fakulti pengajian. 


Kolej Melati ni ada dua blok utama, satu blok A 8 tingkat dan satu lagi blog B cuma 4 tingkat sahaja. Kak Long menghuni di blok 4 tingkat, dan biliknya berada di tingkat dua.Tak lah mendaki tangga sangat kan. Dan yuran kolej adalah berbeza mengikut bilik. Contohnya bilik Kak Long empat katil tu yurannya RM 200++ tak ingat ana jumlah sebenar manakala kalau bilik dua orang sahaja tu berharga RM400++ macam tu. Nanti korang tahu lah ada dalam bil surat tawaran tu nanti kay. 

Jom ana bawa korang tengok blok kediaman Kak Long di Kolej Melati, UiTM Shah Alam ni. Blok bangunan dia memang agak lama lah kan, ye lah dari tahun 2002 tetapi kemudahannya masih dalam keadaan baik, Alhamdulillah. 


Ini laluan menuju ke bilik pelajar, satu lorong ni banyak bilik-bilik dan satu bilik empat orang. Dan di setiap hujung lorong tu ada bilik air, tandas, tempat basuh kain dan ampaian. Jemur kain pun dalam bangunan jadi tak perlu risau kain basah jika hari hujan. Mesin basuh self servis pun ada di tingkat bawah bagi yang malas nak basuh tangan, Sedia kan sahaja wang syiling secukupnya. 






Dan tentu korang tak sabar nak tengok bilik kan..jujurnya bilik dia memang sempit. Empat katil bertemu di tengah-tengah dan ruang solat pun antara dua buah katil bertentangan sahaja.Setiap seorang akan mempunyai loker, meja belajar, papan notis, lampu study dan juga plug sendiri. Hanya ada satu kipas syiling di tengah bilik. 


Haa ini katil Kak Long masih pink lagi, loker tu sebelah sahaja tau bukan dua-dua pintu tu korang punya dan semua perabot telah di label jadi tak yah nak tukar-tukar lagi dah hihi. Tilam masih tebal lah, sedap lah tidur dan lantai dia dah pasang tikar getah siap-siap kerana ia cuma lantai simen. Tak dapat nak ambil gambar keempat-empat katil sebab masing-masing sedang berkemas kan. 


Kat tingkat bawah tu memang santai la ada ruang lepak, korang boleh pi beli makanan kat food court belah bawah sana dan kedai serbaneka pun semua ada. Juga sebuah surau. Wifi tak ada kay, kena beli data masing-masing huhu. 


Sedikit perkongsian untuk anak-anak dari pengalaman Kak Long menuntut di sini, penghuni Kolej Melati yang belajar di fakulti kejuruteraan adalah tidak jauh dari blok kolej dan boleh je kalau nak jalan kaki cuma untuk ke lain-lain fakulti seperti FSG , Kak Long terpaksa menaiki bas Rapid Selangor dengan tambang RM1 sehala. Tapi korang jangan risau bas Rapid ni banyak setiap 10 minit ada sahaja kata Kak Long dan kalau nak cepat order sahaja Uber atau Grab Car untuk ke mana-mana sekali pun. 

Apapun semoga Kak Long dan semua bakal penghuni Kolej Melati UiTM Shah Alam dapat menjalani kehidupan di kampus dengan dipermudahkanNya serta selamat sentiasa. Adatlah bila hendak berdikari dan belajar dari pengalaman hidup yang tidak semuanya indah dan selesa seperti di rumah sendiri. Nak tak nak kena laluinya juga atas satu perjalanan destinasi kehidupan di atas muka bumiNya. All the best anak-anak semua 💗💗

You May Also Like

2 comments

  1. wahh tahniah kak long. hari tu mase jdi seketeriat tauliah lela stay dekat kolej teratai 3. toilet dia perghh lawa macam toilet hotel. sebab bngunan tu baru lagi. tapi lela pun kena pergi ronda semua kolej kediaman, sesat keliling kampus padahal dekat je rupanya teratai dengan melati, tapi pusing 1 kampus nak cari kolej melati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Leyla, semoga Kak Long juga boleh secemerlang Leyla di IPTA

      Delete