Berhari-hari cari idea nak update anajingga,macam-macam ana fikirkan akhirnya dapat ilham nak kongsi tempat-tempat sejarah dan muzium yang pernah ana kunjungi di tanahair kita ni..Semoga sedikit sebanyak memberi pengetahuan untuk kalian yang bakal ke sana suatu hari nanti....


1.Kompleks Sejarah Pasir Salak,Perak:



Terowong Masa Kompleks Sejarah Pasir Salak

Terletak 70km dari Bandaraya Ipoh dan lebih kurang 25km dari kampung halaman ana Teluk Intan,Perak.Kompleks ini menempatkan sebuah resort percutian di tepi Sungai Perak,berdekatan dengan bandar Kampung Gajah.Terdapat sebuah tugu Lela Rentaka,Kubu Datuk Maharajalela,Masjid Pasir Salak,Rumah Kutai,kubur Si Putum dan Kubur JWW Birch,Memorial Pahlawan serta sebuah Terowong Masa.Amat sesuai dikunjungi oleh orang ramai untuk mendapat maklumat mengenai pengkisahan pembunuhan Residen Inggeris JWW Birch dan penentangan Datuk Maharajalela tentang sejarah silam pendudukan Inggeris di negeri Perak.
Bayaran masuk ialah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.Waktu lawatan dari 10.00pagi-5.00 petang dan Sabtu & Ahad pula 10.00pagi-6.00 petang.Disebelah Kompleks Sejarah Pasir Salak ini terdapat sebuah resort bertemakan ala kampung di tepian Sungai Perak.




Resort Pasir Salak
Rujukan :http://www.mdpt.gov.my/kompleks-sejarah-pasir-salak-kg.-gajah
Foto: Google Image.

2.Muzium Negeri Perak,Taiping.


Muzium Negeri Perak,Taiping.

Merupakan muzium yang tertua di Semenanjung Malaysia yang siap dibina pada tahun 1903 atas daya usaha Sir Hugh Low salah seorang Residen Inggeris di Perak.Memiliki 4 buah balai pameran iaitu Balai Diraja,Balai Ilmu Kejadian,Balai Kebudayaan dan Balai Orang Asli & Seramik.Mempamerkan artifak serta replika sejarah Negeri Perak.Terletak berhadapan Penjara Taiping dan masuk adalah percuma.



Rujukan:http://www.arkib.gov.my/muzium-negeri-perak1
Foto:Google Image.

3.Istana Kenangan Kuala Kangsar,Perak.


Istana Kenangan ,Kuala Kangsar,Perak.
Terletak di belakang Istana Iskandariah di Bukit Chandan Kuala Kangsar ,Perak.Juga di kenali sebagai Muzium DiRaja Kuala Kangsar.Senibina yang sangat unik ini seolah-olah seperti sebilah pedang jika dipandang dari atas.Pernah menjadi tempat bersemayam Almarhum Sultan Iskandar dalam tahun 1931.Dikatakan istana ini dibina dengan tidak menggunakan paku tetapi dengan teknik pasak dan dinding dianyam dengan tepas.

Didalam istana ini masih mengekalkan stuktur asal bangunan dengan menempatkan bilik peraduan,balai rong seri serta tempat istirehat manakala alat-alat kebesaran Diraja tidak dipamerkan atas faktor keselamatan.Muzium dibuka setiap hari dari 9.00pagi-5.00 petang dan masuk adalah percuma.


Rujukan :http://www.arkib.gov.my/istana-kenangan1
Foto:Google Image.

4.Istana Kesultanan Melaka:


Istana Kesultanan Melayu Melaka

Replika senibina Istana Kesultanan Melayu Melaka semasa era kegemilangan pemerintahan Sultan Mansur Shah ini dibina di kaki Bukit St Paul,Banda Hilir,Melaka.Ia berdasarkan catatan didalam khazanah Sejarah Melayu dan dijelmakan semula sebagai sebuah Muzium Kesultanan Melayu Melaka.Beberapa ruang pameran didalam istana ini memaparkan era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan penceritaannya disamping artifak dan tinggalan sejarah Melaka.Waktu lawatan seperti biasa dari 9.00pagi-5.30petang dan tiket masuk berharga RM2 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.


Rujukan ;http://www.arkib.gov.my/replika-istana-kesultanan-melaka-melaka2
Foto:Google Image.


5.Muzium Samudera(Flor De La Mar)





Muzium Samudera ini dibina mengikut replika sebuah kapal Portugis Flor De La Mar pada tahun 1990.Terletak di Jalan Quayside berhampiran Muara Sungai Melaka.Mempamerkan sejarah Kelautan Melaka dan Kegemilangan Perdagangan Pelabuhan Melayu Melaka.Dibuka untuk lawatan dari 9.00pagi-5.30petang dengan bayaran kemasukan RM 3 dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.



Rujukan:http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Samudera
Foto:Google Image.

6.Muzium Lukut,Port Dickson,Negeri Sembilan:




Terletak di berhampiran bandar peranginan Port Dickson di sebuah tempat bernama Kota Lukut yang mempunyai kisah sejarahnya yang tersendiri.Mempunyai 4 balai pameran iaitu Galeri Sejarah Kota Lukut,Galeri Nassau,Galeri Negeri Sembilan Negeri Peradaban dan Galeri Teknologi Pembuatan Tradisional.Ia banyak pengkisahan sejarah kegemilangan Kota Lukut oleh pahlawan Bugis Raja Jumaat dan disekeliling muzium ini juga terdapat beberapa tinggalan sejarah Kota Lukut itu sendiri.



Rujukan dan foto dari :http://portdickson.info/kota-lukut.htm


7.Muzium Negara,Kuala Lumpur




Terletak di Jalan Damansara.Siap dibina sepenuhnya pada tahun 1963 hasil cetusan idea Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Dinding hadapannya mempunyai dua buah mural yang menceritakan rentetan sejarah dan kebudayaan Melayu.Memiliki 4 buah galeri pameran iaitu Galeri Sejarah Awal,Galeri Kerajaan Melayu Awal,Galeri Era Kolonial dan Galeri Malaysia Kini.Harga Tiket RM2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.Dibuka setiap hari dari jam 9.00pagi-6.00 petang.



Rujukan dan foto dari :http://www.jmm.gov.my/ms/museum/muzium-negara

8.Muzium Terengganu,Kuala Terengganu



Tersergam indah di Bukit Losong,Kuala Terengganu tidak jauh dari lokasi Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.Dikatakan merupakan antara muzium yang terbesar di Asia Tenggara dengan senibina yang sangat cantik dan unik sekali.Mempunyai 10 galeri pameran seperti Galeri Tekstil,Galeri Diraja,Galeri Kraf,Galeri Sejarah,Galeri Petroleum,Galeri Islam,Galeri Ilmu Kejadian,Galeri Pelayaran & Perdagangan,Galeri Senjata dan Galeri Perikanan & Taman Laut.Kita memerlukan masa yang panjang untuk mengunjungi keseluruhan muzium ini dan harga tiket adalah RM5 dan RM2 untuk kanak-kanak.



Rujukan dan foto dari:http://www.visit-terengganu.net/muzium-negeri-terengganu/

9.Pustaka Peringatan P.Ramlee,Setapak,Kuala Lumpur



Terletak di No:22,Jalan Dedap,Taman P.Ramlee,Setapak,Kuala Lumpur.Ia merupakan rumah asal tinggalan keluarga Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Solama Ismail.Dibuka dengan rasminya dalam tahun 1986 untuk memperingati jasa dan karya perfileman tempatan oleh Seniman Negara ini.Terdapat ruang pameran yang mengikut tema seperti Sepintas Lalu,Biografi,Kenali P.Ramlee,Era Kebangkitan,Irama dan Lagu,Dunia Filem dan lain-lain lagi.Dibuka Selasa-Ahad 10.00pagi - 5.30 petang dan masuk adalah percuma.


Rujukan dan foto dari:http://www.arkib.gov.my/pustaka-peringatan-p.ramlee


10.Rumah P.Ramlee,Pulau Pinang



Terletak di Lot 2180,Jalan P.Ramlee,Pulau Pinang merupakan sebuah rumah tradisional Melayu tempat kelahiran Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee.Mempamerkan sejarah hidup harian P.Ramlee semasa berada di Pulau Pinang sebelum mencipta nama didalam bidang seni.Di ruang dalam rumah di namakan ruang Pengenalan P.Ramlee,Ruang Seni & Sukan,Bilik Tidur dan Ruang Dapur.Manakala di luar rumah terdapat beberapa tinggalan keluarga P.Ramlee serta keindahan lanskap yang disediakan.Dibuka dari Selasa-Ahad jam 10.00pagi -5.30 petang dan masuk adalah percuma.

Rujukan:http://www.arkib.gov.my/rumah-kelahiran-p.ramlee
Foto dari Google image.

10 Comments

  1. muzium terengganu paling best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju fiza, muzium terengganu antara yang paling besar dan senibina yang sangat tradisional dan cantik..:)

      Delete
  2. Kunjungan balas. Byk tu dah disinggah ye, KA only 50% dari yg tertulis kat sini aje hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih KA, selalu kalau ke mana2 destinasi terjumpa muzium ni kami singgah sahaja..:)

      Delete
  3. tak semua muzium pnh singgah, cantik seni bina muzium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senibina Muzium ni memang sangat cantik kan fadh

      Delete
  4. beruntung dapat lawati semua muzium,,,oyye suka n nak sangat pg muzium nie,,,tapi stkat nie xla sebanyak ana pg,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, diberi kesempatan singgah di kebanyakan muzium di tanahair kita .. :)

      Delete