Permainan dalaman (indoor games)


Permainan dalaman

Suatu masa dahulu, semasa zaman sekolah rendah dan menengah memang seronok kalau dapat main permainan dalaman macam ni.Antara yang paling popular permainan kad seperti Donkey,Snap,Happy Family, manakala permainan papan (board game) macam Monopoli,Saidina,Dam,Dam Ular dan lain-lain lagi.

Masa itu kalau bermain bersama kawan-kawan atau adik beradik sepupu sepapat memang riuh rendah.Ada saja helah untuk menang sehingga ada yang bertekak-tekak.Namun tetap meriah dan seronok sangat bila di kenangkan semula.Silaturrahim dan ukhwah yang terjalin sangat erat disanubari.

Selalunya di sekolah apabila akhir tahun persekolahan pasti kami akan membawa permainan sebegini ke kelas untuk bermain dan yang paling seronok apabila kami bermain bersama guru-guru sekali.

Tetapi arus permodenan dengan gadjet-gadjet moden ketika ini, semakin menenggelamkan ruang untuk anak-anak kita menerokai permainan sebegini lagi.Mereka lebih leka dalam dunia mereka sendiri bermain permainan alam cyber.Kadang-kadang duduk semeja namun masing-masing di alam dunia sendiri.Inilah fenomena teknologi yang sedikit sebanyak menjarakkan komunikasi dalam kekeluargaan dan persahabatan.

Bagi ana dan keluarga, kami sering kali bercuti bersama dan apabila mengadakan Hari Keluarga , kami akan bermain semula permainan dalaman ini dengan seluruh anggota keluarga.Kami adakan pertandingan 'indoor games' ini apabila ada kesempatan berkumpul adik-beradik dan anak-anak buah.Bagaikan mengimbas semula nostalgia bermain sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.


~berkongsi kisah disini~