Laman web Nuffnang

Bulan Jun sudah berlalu, hari ini dengan izinNya kita berada di bulan Julai 2014.Pasti  rakan blogger dengan akaun Nuffnang dah tahu tentang wajah baru laman web Nuffnang.Kelihatan lebih cantik dan segar dengan ciri-ciri yang masih sama seperti sebelumnya.

Dikesempatan ini juga ana nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang banyak berkongsi tips untuk memikat hati Nuffnang singgah bertapak di dinding-dinding blog.Dengan sedikit tips dan panduan sepanjang bulan Jun lalu 5 kempen CPUV singgah menghantar rezeki ke akaun anajingga.Begitu jika kempen CPC walaupun sedikit tetap rezeki sambil kita berkongsi sesuatu yang mungkin memanfaatkan orang lain, Insyaa Allah.

Terima kasih Nuffnang dan terima kasih adik-adikku  mamaniza dan Fuza Musa.Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang singgah sambil klik-klik di iklan-iklan yang tertera di sini.Terima kasih.


~Salam Ramadan~