Wang syiling seringgit 1971

Wang syiling seringgit ni, ana jumpa di atas almari rumah arwah opah di kampung ana, Teluk Intan.Lama dah usianya empat puluh tiga tahun .Masih menggunakan simbol $ untuk matawang ini pada masa dahulu. Maknanya ia lebih dahulu wujud sebelum ana dilahirkan..Ia dah melalui pelbagai era dan pertukaran jenis-jenis matawang dengan nilai seringgit di tanahair kita.Warnanya pun dah pudar sangat dan sudah tidak boleh digunakan lagi di pasaran.

Namun bagi penggemar koleksi antik atau pengumpul wang-wang lama ianya pasti bernilai dan dihargai.Saiznya lebih besar dari duit syiling 50sen yang sebelum berwarna emas sekarang dan agak berat juga.Sebelum ini ,kita juga pernah menggunakan kembali wang syiling seringgit yang berwarna emas tidak lama dahulu namun digantikan semula dengan wang kertas .

Wang syiling seringgit lama - bahagian belakang

Bahagian belakang wang syiling seringgit 1971 ini terdapat gambar bangunan Parlimen dengan bulan dan bintang.


~berkongsi foto wang syiling lama disini~