Bunga Orkid yang unik

Lazimnya bunga orkid akan berbunga tegak dari pokoknya dengan pelbagai warna dan spesis yang berbeza, namun pokok bunga orkid ini bunganya berjurai ke bawah, bersaiz kecil dan harum mewangi.Pokok orkid ini pernah mak ana miliki namun telah pupus benihnya di laman rumah pusaka kami.Gambar ini ana ambil dari rumah jiran adik ana, di Teluk Intan. Sayangnya hanya ketika hendak balik ke Rawang baru ana terpandang bunga orkid milik Kak Maimunah yang tiada di rumah pada ketika itu.Jika tidak dapatlah ana kongsikan keindahan bunga orkid ini secara dekat kerana ana hanya sempat mengambil gambar dari luar pagar.

Bunga orkid ini berdaun lebar dan ditanam di dalam pasu atau sabut kelapa secara tergantung kerana kuntuman bunga-bunga indah ini akan berjurai ke bawah.Baunya amat harum, seakan-akan haruman kelopak cempaka.Warnanya kuning cair dan dibahagian dalamnya berwarna putih.




~berkongsi keindahan bunga orkid yang unik disini~