kwsp untuk surirumah

Selalunya KWSP dikaitkan dengan mereka yang keluar bekerja sahaja, tetapi sebenarnya seorang suri rumahtangga macam ana juga ada caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.Ye lah, kami yang tinggal di rumah ni, lagilah bekerja dari pagi sampai ke malam, menjalankan tugas dan melaksanakan amanah Allah swt sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.Kisahnya begini....

Tengahari tadi, ana menerima sepucuk surat penyata dari KWSP. Setiap tahun , surirumah yang pernah mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan tetap juga menerima penyata simpanan yang telah di masukkan dividen tahunan. Seronok jugalah bila melihat angka simpanan caruman semakin bertambah walaupun tidak sehebat mereka yang bergaji tetap.Sekurang-kurangnya ada juga 'simpanan hari tua anda' seperti slogan kata KWSP itu sendiri.

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:

Sebelum ini ana pernah mencarum dan berkerja selama lebih daripada sepuluh tahun, dari sanalah ana mempunyai akaun caruman simpanan KWSP sehingga kini. Namun sebenarnya, suri rumah juga boleh menambah caruman simpanan melalui Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, yang berkuatkuasa mulai 3hb Januari 2010.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim ini:
  1. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (contoh: pemandu teksi, penjaja, petani, suri rumah dan nelayan), mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
  2. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
  3. Rasional pelaksanaan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bagi:
    a)  Menyediakan saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
    b)  Meningkatkan jumlah golongan orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP.
    c)  Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
    d)  Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


    Untuk keterangan lebih lanjut dan tepat bolehlah ke laman web : http://www.kwsp.gov.my/portal/general/1malaysia-retirement-savings-scheme