Realiti kehidupan dalam masyarakat:

 

kredit foto:gilerkentang.com



Inilah kehidupan..apabila kita dikelilingi oleh mereka yang terlampau ambil berat.Hingga serba salah untuk meneruskan perjalanan hidup kita sendiri. Adakah kita perlu hidup untuk puaskan hati orang disekeliling, atau hidup atas prinsip kita sendiri.Bak kata orang Perak, 'jenuh aih' nak ikut kan pandangan masyarakat dan orang sekeliling ni.

Contohlah paling mudah, hal rumahtangga kita misalnya.Apabila ada pasangan yang belum dikurniakan Allah swt zuriat, masyarakat mula bertanya, bila nak dapat anak?Merancangkah?Dah berapa lama berkahwin?Pernah tak terfikir jika yang bertanya tu berada di tempat mereka, apakah perasaannya.

Kemudian situasi kedua, apabila pasangan yang dikurniakan anak yang ramai.Masyarakat keliling yang perihatin akan berkata, ramainya anak, tak nak merancang ke?Erm salah juga kan.Ana sendiri pun dah letih nak menjawab persoalan yang sebegini sebenarnya.Ana dikurniakan Allah swt dua orang cahaya mata perempuan yang dah semakin meningkat remaja.Soalan cepu mas yang ana terima ialah, tak nak beranak lagi ke? cukup ke dua sahaja?Tak nak anak lelaki ke? Jawapan yang sering ana beri hanyalah sekuntum senyuman manis terukir dibibir.Malas nak jawab dengan kata-kata.

Begitu juga bab jodoh pertemuan, yang berkahwin awal sering dipersoalkan 'mudanya kahwin' dan yang lambat sampai jodohnya pula, diberikan pelbagai gelaran dan sindiran. Dan seribu satu persoalan lagi yang timbul dikalangan masyarakat yang terlbih perihatin.

Terfikirkah dalam hati kita semua, bahawa jodoh pertemuan, zuriat, ajal maut semuanya di tangan Allahs swt.Siapalah kita sebagai hambaNya yang hina lagi kerdil ini untuk menentukan segalanya.Berapa kuat kita merancang akhirnya Dia juga yang menentukannya.Berapa banyak kita berusaha sekalipun ditanganNya juga yang mengizinkannya.Hanya Dia.

Sebagai peringatan buat diri ana sendiri dan masyarakat disekeliling amnya, tak perlulah menunjukkan keperihatinan yang terlampau sehingga mencampuri urusan rumahtangga orang lain.Berbataslah dalam mempersoalkan perihal orang lain.Dan ingatlah sentiasa Yang Baik itu semua datang dari Allah swt dan yang tidak adalah dari kekerdilan diri kita sebagai hambaNya jua.


~perkongsian bersama disini~