Aiskrim dan strawberry :

Kebetulan jiran baru balik dari Cameron Highland minggu lepas dan memberi sekotak buah strawberry. Besar-besar dan manis-manis buahnya. Nak makan sebegitu sahaja rasa sayang pula, banyak lagi dalam simpanan.Kemudian anak ana bagi idea nak makannya dengan aiskrim.Dan kami pun mencipta kombinasi buah strawberi dengan aiskrim dengan pelbagai campuran.Maka terhasillah dua variasi aiskrim dan strawberry kami.

gambar buah strawberi
Buah strawberi


Aiskrim, strawberry dan biskut orea:


aiskrim, strawberi,oreo


Gabungan pertama, kami satukan aiskrim vanila, potongan buah strawberry dan biskut Oreo. Sedap juga.Bila hendak makan pecah-pecahkan biskut Oreo tu terlebih dahulu.


Aiskrim, strawberry dan mangga:


aiskrim strawberi,mangga


Kombinasi kedua yang kami cipta ialah aiskrim vanila, buah strawberry, buah mangga dan sirap strawberry. Agak manis bagi ana tapi kanak-kanak pasti menggemarinya.Semoga memberi idea untuk kita kreatifkan menu asikrim kita .


~berkongsi idea disini~