Beza Antara Buah Bachang Dan Kuinin

Kadang-kadang kita sering terkeliru antara buah bachang dan buah kuinin.Dari rupa paras nampak sama sahaja, baunya yang menusuk kalbu pun iras-iras juga kan.Cuma bagi mereka yang berasal dari kampung macam ana ni dan dah biasa membesar dengan buah-buah tempatan ni, dapatlah membezakan antara buah bachang dan kuinin.


Tahu tak yang mana satu buah kuinin dan yang mana satu buah bachang dari kedua-dua buah gambar di atas?

Sebenarnya bagi sesiapa yang dah biasa dengan kedua-dua buah tempatan dari keluarga mangga ini, pasti sahaja dapat membezakan antara buah bachang dan buah kuinin ini daripada baunya sahaja.Lain dan berbeza sangat bau kedua-dua buah ini, cuma tak dapatlah ana nak kongsikan disini macam mana baunya kan ..

Selain dari bau, buah bachang dan buah kuinin mempunyai tekstur kulit yang berbeza juga.


buah machang
Buah Bachang
Buah bachang seperti foto di atas mempunyai banyak tompokan hitam pada kulitnya dan ia bergetah bila dipetik. Isinya juga mempunyai sabut yang banyak disekitar bijinya.Apabila dipotong terdapat serat-serat pada isi buah bachang dan sering kali sangkut di gigi ketika kita memakannya.Rasapun agak berlainan dari buah kuinin.



Gambar di atas pula ialah buah kuinin.Kulitnya sama seperti buah mangga biasa cuma berbau kuat.Saiznya lebih kecil dari buah bachang dan permukaan kulit yang agak licin.Sama seperti buah bachang, buah kuinin jika masak masih berwarna kehijuan dan tidak bertukar kuning seperti mangga.Tekstur isi buah kuinin lebih lembut dan tidak bersabut seperti buah bachang.

Kedua-dua buah tempatan ini muncul bermusim.Sedap dimakan mentah ataupun di jadikan serawa.Ana pernah berkongsi resepi serawa buah kuinin di SINI resepi serawa buah bachang di SINI . Walaubagaimana pun perkongsian ana tentang perbezaan antara buah kuinin dan buah bachang ini adalah dari pengalaman peribadi ana sahaja.Mungkin ianya berbeza dengan pandangan orang lain.


~berkongsi perbezaan buah bachang dan buah kuinin disini~