Klik untuk besarkan 


Ana rasa bukan ana seorang sahaja yang menerima email sebegini baru-baru ni, ramai lagi yang dapat agaknya kan..?? Ana mempunyai dua akaun email dan kedua-duanya menerima email yang sama. Baca sahaja dah tahu satu penipuan yang bermotif jahat.Sebab itu ana panggil email sebegini email beracun. Bahaya dan jangan sesekali mempercayainya.

Memang jelas dari lojik akal manusia normal mana pun dapat tahu ia satu penipuan.Mana ada orang yang ingin memasukkan sebanyak 10 juta USD ke dalam akaun orang yang tak dikenali. Alasan yang diberi pun sangatlah tak munasabah. Waspadalah, mereka inginkan data peribadi kita. Lihat dari alamat pengirimpun dan kecut perut kan.


Inilah perangkap jenayah siber zaman teknologi kini. Namun pernah juga terbaca di media massa masih ramai yang menjadi mangsa. Bijaklah menilai, Allah swt mengurniakan kita akal fikiran untuk berfikir dan membuat pilihan. Jangan mudah terpedaya, sentiasa ada rasa curiga terhadap sesuatu.

Di dalam arus teknologi masa kini, manusia mudah mendapat matlumat dihujung jari. Pendedahan yang terlalu tidak privasi boleh sahaja mengundang kepada musibah.Semoga dijauhkan. Perkongsian gambar-gambar di media sosial seperti Facebook dan Instagram malah blog-blog peribadi juga boleh membawa kepada perkara yang negatif. Gambar boleh di ambil, di edit dan akhirnya membawa bencana.Nauzubillahi min zalik.