Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 35




Hari ini, Jumaat 27hb November 2015, merupakan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah . Sebagai anak jati Perak yang sangat bangga dan bertuah dilahirkan di bumi bertuah Perak Darul Ridzuan, ana paparkan kembali beberapa foto-foto indah keluarga Diraja Perak yang disayangi rakyat jelata sebagai satu entri khas bersempena Hari Keputeraan Baginda Sultan. Di Discovery Channel juga hari ini, ada menayangkan satu slot khas sekitar majlis Pertabalan DiRaja Sultan Perak ke 35 yang lalu.Sangat menarik untuk tatapan kami khasnya anak jati negeri Perak.

Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan , Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah merupakan Sultan Perak ke 35 di dalam sistem pemerintahan beraja Negeri Perak. Bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Davidson dikurniakan sepasang cahaya mata, YM Raja Muzzaffar Shah yang dilahirkan pada 14hb Mac 2008 dan seorang puteri comel yang menjadi kesayangan rakyat Negeri Perak iaitu YM Raja Nazira Safya, dilahirkan pada 2hb Ogos 2011. (sumber wikipedia) 

Foto-foto keluarga Diraja Perak 



 












Foto-Foto sekitar majlis Pertabalan Sultan Perak ke 35 











Dirgahayu Tuanku, semoga seluruh negeri Perak Darul Ridzuan sentiasa didalam RahmatNya dan maju jaya serta aman tenteram di setiap ketika. Daulat Tuanku... 

kredit foto-foto: Google Image