Pagi tadi ana menemani jiran ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Rawang untuk bertanya mengenai kaedah rayuan permohonan BR1M 2016 nya yang berstatus tidak lulus setelah dilakukan semakan status. Memandangkan beliau bukan orang kita, beliau meminta ana menemaninya berurusan di kaunter LHDN. Tak salah untuk menolong sesama jiran kan, di samping itu dapat juga ana kongsikan sesuatu bersama pembaca di www.anajingga.com yang mungkin sedang berhadapan masalah yang sama.

Rayuan Permohonan BR1M 2016 




Telah tertulis di slip status semakan bahawa permohonan rayuan BR1M 2016 hanya boleh dilakukan mulai 15hb Mac sehingga 15hb April 2016. Cuma kami inginkan kepastian dan di mana rayuan permohonan BR1M ini boleh dilakukan. Menurut pegawai kaunter yang bertugas, rayuan permohonan BR1M 2016 boleh di lakukan mulai tarikh tersebut di mana-mana kaunter pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri berdekatan. Bawa sekali salinan kad pengenalan sendiri dan tanggungan berserta salinan slip gaji ( tiga bulan terakhir - October,November,Disember ) untuk semakan. Borang permohonan boleh didapati di kaunter.

Jika di Rawang, pastinya lah di cawangan yang baru dibuka tahun lepas iaitu di Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN Rawang, di Rawang One, Bandar Rawang. 

Lokasi Pejabat LHDN Rawang 








Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Hasil (PKH) Rawang, Selangor akan mula beroperasi pada 15 April 2015 (Rabu) di alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pusat Khidmat Hasil Rawang,
Lot 3S-11-G & Lot 3S-12-G, Tingkat Bawah, Kompleks One Rawang
48000 Rawang, Selangor.

No. Telefon : 03-60915037 / 5071 / 5102 
No. Faks : 03-60915103



JENIS PERKHIDMATAN
HARI / WAKTU OPERASI
Khidmat Nasihat Percukaian & BR1MIsnin - Khamis8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat8.00 pagi - 12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang
Duti SetemTunai / Cek / Bank Draf / Wang Pos / Kiriman WangIsnin - Khamis
*Penerimaan bayaran hingga jam 3.30 petang
8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 3.30 petang
Jumaat
*Penerimaan bayaran hingga jam 3.30 petang
8.00 pagi - 12.15 t/hari
2.45 petang - 3.30 petang
Sumber : http://www.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian di www.anajingga.com kali ini memberi manfaat buat pencari matlumat..Segala yang tercatat disini ialah pada tarikh entri diterbitkan. Sebarang perubahan tertakluk kepada perubahan informasi LHDN .