Sekali lagi ana berjaya mengumpul mata ganjaran di WOOP untuk menebus hadiah. Sebelum ini, telah dua kali ana membuat tebusan yang telah memberikan produk-produk Rexona, dan kali ini dengan 1600 mata ganjaran atau point, ana diberikan selambak produk dari Vaseline, Dove dan Rexona. Best kan, siapa nak bagi produk percuma macam ni.





Macam mana?? Meriah tak tebusan mata ganjaran dari WOOP kali ini? Mana tak nya bayangkan sekali dapat 12 botol losyen Vaseline, 8 botol kecil syampu Dove, 6 botol deodoran Dove, 6 botol deodoran lelaki Rexona, satu tuala muka Vaseline dan sanitary bag juga dari Vaseline. Memandang kan begitu banyak produk yang ana terima, ana sedekahkan pula kepada kawan-kawan anak-anak ana. Seronok kan rezeki yang ada dikongsi bersama.

Apa itu WOOP 


WOOP ialah satu laman web komuniti Women Of  Opinion . Ia adalah laman web interaktif di mana kita hanya perlu mendaftar sebagai ahli dan diberikan satu nombor id untuk log in. Ianya percuma kay.. tiada bayaran di kenakan. Setelah mendaftar kita diberi pilihan untuk melakukan dua misi yang terdapat setiap kempen yang ada di sini.

Pertama Daily Missions - cukup mudah di mana kita hanya perlu menjawab servey dan soalan-soalan yang diberikan. Setiap soalan yang lengkap di jawab akan diberikan mata ganjaran antara 5-10 .

Kedua Big Missions -  untuk melakukan Big Missions, ada pelbagai kaedah diberikan dan lazimnya memerlukan kita mempromosikan sesebuah kempen produk di Facebook. Dan ganjaran mata yang ditawarkan sangat lumayan antara 100-500 mata ganjaran. Jika kita rajin melakukan Big Mission, pasti akan dapat mengumpul dengan cepat mata ganjaran dan bolehlah menebusnya di ruangan My Rewards di mana dipamerkan beberapa produk dan jumlah mata ganjaran yang diperlukan.

Senang kan.. di mana ada kemahuan di situ ada jalannya, In Shaa Allah. Jadi kepada sesiapa yang belum lagi menjadi ahli WOOP bolehlah klik di --> http://www.woop.my/friend/index/id/206029/ untuk mendaftar. Dijelaskan bahawa untuk menyertai WOOP kita tidak perlu ada blog, cuma memerlukan akaun Facebook yang aktif sahaja. Jadi..sesiapa sahaja boleh menyertai WOOP dan menebus mata ganjaran, bukan hanya blogger.