Kak Long ada di rumah ni rajin pula nak masak macam-macam.Hari tu dia mengikut ana ke pasaraya membeli barang dapur. Dia ambil dua jenis cendawan yang berbeza. Anak-anak ana ni memang peminat tegar cendawan. Segala jenis cendawan depa suka kalau masukkan dalam menu masakan. Memang sedap pun kan. Kali ini ana kongsikan kat sini menu tengahari main campak-campak je resepi nya.Mudah, cepat di sediakan dan sedap dihirup begitu sahaja.





Resepi Sup Cendawan 


Ana menggunakan dua jenis cendawan seperti di dalam gambar di atas sendawan putih dan cendawan tiram. Dua jenis sayur yang ana campurkan ialah sayur sawi pak choi dan daun bawang besar atau leek. Bahan tumisannya macam biasa bawang besar, bawang putih, halia di mayang halus. Bahan perencah ana gunakan kiub ayam atau boleh juga gunakan kiub ikan bilis. Bahan perisa garam dan lada sulah serta kicap lemak manis.


Cara memasaknya, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan sayur-sayuran dan cendawan tadi dan kicap lemak manis. Masukkan air sedikit sahaja supaya tidak terlalu berkuah kerana cendawan tiram juga akan mengeluarkan air nanti. Masukkan kiub ayam, Tambahkan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sebati dan siap. Menu sayuran tidak perlu di masak terlalu lama kerana ia akan hilang zat dan kemanisannya.