Suri rumah macam ana ni, kadang-kadang buntu juga tau nak fikirkan menu nak masak apa setiap hari. Kami ni kalau malam memang jarang makan nasi, sekali sehari je cukup dah makan nasi. Menu makan malam selalu ana sediakan yang mudah dan ringan sahaja. Dan sekarang ni Adik Ika dah mula bercuti setelah habis peperiksaan SPM dan Kak Long pula sedang bercuti,  ana dapatlah releks sikit sebab dua-dua anak dara ni akan ke dapur sedia kan menu makan malam.Macam-macam resepi dari internet depa nak cuba. 

Dan paling menyeronokkan apabila kerja potong-memotong di dapur ni lebih mudah dan kemas apabila adanya TEFAL MANUAL CHOPPER yang ana dapat dari Box Of Joy sempena LAZADA Online Revolution 2016 yang berlangsung mulai dari 11.11.2016 sehingga 12.12.2016. Ada enam hari lagi untuk korang merebut peluang keemasan membeli belah di LAZADA dengan pelbagai tawaran yang tak masuk akal, giler-giler murah dan berbaloi-baloi.




TEFAL MANUAL CHOPPER


Malam tu Adik Ika masuk dapur nak buat sandwish katanya.Dia pun membuka kotak TEFAL MANUAL CHOPPER dan cuba sendiri menggunakannya selepas membaca arahan dari buku panduan yang disertakan.Adik Ika menggunakannya untuk memotong salad, timun dan tomato.




Senang sangat dan tak perlu risau kalau nak gunakan sebagai blender kerana ianya manual bermaksud tidak menggunakan sebarang bekalan elektrik atau bateri. Masukkan bahan yang ingin di potong atau dadu, isi ke dalam bekas lut sinar yang disediakan, cuma tarik sahaja pemegang bertali itu beberapa kali sehingga terhasilnya potongan yang dikehendaki. Semakin banyak di tarik, semakin halus hasil potongan yang diperolehi.




Mudahkan, inilah hasil yang Adik Ika dapat dari penggunaan TEFAL MANUAL CHOPPER ni.Lepas ni senang dah anak-anak dan suri rumah untuk menyediakan masakan di dapur. Ia juga boleh di bawa ke mana-mana untuk berkelah misalnya kerana ianya digunakan secara manual sahaja. Kalau korang berminat untuk membeli pelbagai jenis produk kegunaan dapur jenama TEFAL dari LAZADA boleh sahaja singgah ke LAZADA

Jadi korang jangan lupa tau singgah ke LAZADA ONLINE REVOLUTION yang masih berlangsung sehingga 12.12.2016 ni. Ada enam hari lagi untuk korang terus menikmati pelbagai tawaran hebat yang berbaloi-baloi ni. Klik sahaja di banner yang disertakan di bawah mulakan pengembaraan di LAZADA ONLINE REVOLUTION sekarang !!!!



4 Comments

  1. Betul..mudah kalau ada mini chopper begini. Sayur yang diracik pun akan keluar seragam ja saiznya.

    ReplyDelete
  2. Senang ada manual chopper macam ni kan :)

    ReplyDelete