Beberapa minggu lepas, ana menerima email dari seorang wartawan akhbar Harian Metro. Menurut beliau , terjumpa beberapa entri ana berkaitan tips dan tanaman herba di kawasan rumah dan berminat untuk menerbitkannya di surat khabar Harian Metro. Wahh!! Excited juga lah kan nak masuk surat khabar la katakan. Sebelum ini, pernah juga masuk surat khabar..lama dah, berkaitan kerjaya ana dahulu la..bertahun lama dah.. Tapi kan, sebelum memberi jawapan, ana siap Google dahulu benar atau tidak ada wartawan dari akhbar berkenaan dan dah sahih baru ana menjawab email beliau setelah mendapat keizinan suami. 

Pada awalnya wartawan nak datang sendiri ke rumah untuk lakukan interview, namun ana agak keberatan juga lagipun agak sibuk dengan anak-anak masih bercuti di rumah dan kami selalu keluar menghabiskan masa terluang bersama sebelum mereka balik ke kampus dan Kak long pula nak konvo. Ana memilih untuk menjawab interview secara online sahaja dan mengirimkan beberapa gambar melalui email. Dan pada pagi Selasa 24hb Oktober 2017, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Teluk Intan, ana terbaca status blogger Cik Pinz yang tag ana tentang terbitan di akhbar dengan artikel tentang Ana berkebun herba. Laju je suruh suami cari kedai jual paper dan terus membelinya..teruja kan main hihi.


Dalam artikel ni, ana cuma bercerita tentang penanaman pokok-pokok herba di belakang rumah. Tips bagi yang ingin menanam dan sebagainya. Ada juga diselitkan aktiviti ana sebagai penulis blog yang aktif tapi wartawan tak bagitau pula nama atau link blog. Mungkin tak nak promosi percuma kut huhu :( Tapi puas hati juga lah, artikel di terbitkan di satu slot muka surat penuh dan satu snip di halaman sebelumnya. Gambar pun dalam warna.. cewahhh!!!

Apapun ia satu pengalaman yang manis juga buat ana. kecoh juga sehari di kalangan group-group whatsapp keluarga duk sibuk nak pi beli Harian Metro hari tu. Termasuk lah abah, start enjin kereta pi kedai beli lepas Kak Long call bagitahu :) Tak kurang juga di Facebook, di mana rakan-rakan duk ucap Tahniah masuk paper...hihi macam menang award pula ye..Terima kasih semua yang sentiasa bersama blog picisan ana dan bersahabat di Facebook , Page@anajinggadotcom , Twitter dan Instagram




Semoga apa yang ana kongsikan sentiasa membawa manfaat buat insan lain, In shaa Allah. Hobi berkebun ni adalah hobi kami berdua suami isteri di masa lapang. Ia sangat menyeronokkan bila hasil tanaman dapat di tuai dan di petik bila sahaja di perlukan. Ana juga suka berkongsi nya dengan jiran-jiran terdekat, dah siap pesan awal-awal, ambil sahaja apa-apa yang di perlukan untuk masakan dari kebun kecil belakang rumah ni. Terima kasih wartawan Siti Zarinah Sahib dari Harian Metro. 





15 Comments

  1. Selamat pagi isnin dari Mama

    Salam blog walking sis Ana

    Apa khabar pagi ni

    Jemput singgah ya

    Wah rajin ana ranam pokok herba ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mama, terima kasih kerana singgah pagi ke sini :)

      Delete
  2. Alhamdulillah tahniah kak....moga terus berkarya...moga juga terus melangkah lebih jauh ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PC, In shaa Allah semoga kak ana diberikannya peluang untuk berkongsi kebaikan dari masa ke masa dan dijauhkanNya jua dari perkara-perkara yang mungkar, Aamiin

      Delete
  3. seronoknyaa.. tahniah Kak AJ.. suka suka =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih CT, glamour lah sehari hihi :)

      Delete
  4. wahhhhhhhh tahniahhh kakkk..

    terkejut baca umo "Ana" 45thn..sebab nampak mudaaaaaaaaaaa sangat tau..mati2 kite ingatkann 30-35 gituu... kene panggil kak ana la nih.. huwaa sorry tauuu kak... <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha terima kasih JJ, ye dah 45 tahun dah ketika entri ni di terbitkan, Alhamdulillah.. tak apa.. panggil je kak ana kay :)

      Delete