Selalunya ikan siakap ana akan masak menu tiga rasa, sweet and sour ataupun siakap kukus sahaja. Hari ini,macam selalu selepas termenung seketika di hadapan kotak-kotak ikan di kedai Acheh, rasa macam nak beli ikan siakap seekor. Sekilo berharga RM21, bila timbang seekor bersaiz sederhana cukup lah untuk kami empat beranak sekali makan, harganya RM12.70. Ikan pun segar lagi. Dah memanjang masak yang sama, saja-saja ana cuba masakkan ikan siakap asam pedas. 

Eh! Sedap lah rasanya. Ikan siakap kan lemak-lemak manis isi nya.Bila kita masakkan asam pedas, Alhamdulillah.. kena pada selera kami sekeluarga. Masaknya sama sahaja lah macam korang masak asam pedas yang lain tu. Cuma ana tak masukkan apa-apa sayuran, cuma ikan siakap dan kuah asam pedasnya. Nak ke resepinya ? 







Resepi asam pedas ikan siakap 

Bahan-bahan nya:

Ikan Siakap ( bersihkan dan potong keping )
Cili kisar
Lada hitam 
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Belacan ( jika tak suka pun tak yah letak )
Kunyit hidup ( serbuk pun okay jer )
Air asam jawa
Garam
Minyak untuk menumis
Daun kesum 

Cara masak asam pedas ikan siakap : 


1. Tumbuk atau blend bawang putih, bawang merah, halia, kunyit dan lada hitam .

2. Ketukkan serai.

3.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan serai. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa mengikut kuah yang diingini. Biarkan mendidih sekali. 

5. Masukkan ikan dan biarkan masak sempurna.

6. Rasa kan dengan garam dan masukkan daun kesum untuk aroma asam pedas.

7.Matikan api dan siap untuk satu hidangan.

Selamat mencuba ❤❤

6 Comments