Manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Masing-masing bebas memberikan pandangan dan pendapat cuma tak perlu lah sehingga menghina dan melabelkan yang buruk-buruk. Fitrah manusia yang tidak pernah sempurna walaupun setinggi mana darjat kebijaksanaannya. Raikan perbezaan pendapat dan pasti kehidupan akan lebih tenteram dan mendamaikan.

Begitu juga dengan cara adat budaya kepercayaan dalam tata cara peradapan manusia. Lain orang lain caranya, selagi tidak bercanggah dengan hukum Syariat selagi itu bebas untuk melaksanakannya. Ana tertarik untuk berkongsi pengalaman ana sendiri ketika melahirkan kedua-dua zuriat dua puluh tahun yang lalu apabila ada isu yang bercanggah pendapat tentang kaedah berpantang secara moden dan tradisional. Ana tak mahu mengulas lanjut isu tersebut, tetapi apa yang ingin ana cerita kan adalah pengalaman ana berpantang secara tradisional dan kebaikannya pada diri ana sendiri. 


Sepanjang tempoh kehamilan, pasti lah ana mengikut setiap temujanji dengan pihak Klinik Kesihatan & Ibu Hamil. Ketika itu ana tinggal di Setiawangsa. Rutin check-up ana patuhi dan sehingga tiba hampir waktu bersalin ana pulang ke Teluk Intan kerana ingin bersalin di kampung halaman dan di sisi keluarga ana sendiri. Lagi memudahkan kerana jarak Hospital Teluk Intan dengan rumah kami tak sampai 3 km pun. Dekat sangat. 

Alhamdulillah kedua-dua puteri di lahirkan secara normal. Satu pengalaman yang amat berharga di dalam coretan perjalanan kehidupan seorang wanita. Dan selepas sahaja discaj dari wad, ana di jaga oleh mak dan arwah opah sepanjang tempoh berpantang. Arwah opah ana merupakan seorang bidan kampung ketika itu. Ratusan wanita telah di rawatnya semasa berpantang dengan mengurut dan menyediakan ramuan penjagaan selepas bersalin. Dari anak cucu nya sendiri hingga lah ke orang kenamaan pernah arwah opah jagai. 

Arwah opah memang tegas sepanjang tempoh berpantang. Awal pagi dah kena bangun, mandi air suam dan kadang-kadang mandi air rebusan akar kayu. Sarapan dan makan pun berjaga, bukan semua ana di benarkan makan ketika itu termasuk lah air minuman pun kena minum air masak suam. Opah akan mengurut tubuh badan, menaikkan semula peranakan sebanyak 6 kali seingat ana. Tiga kali  ketika awal tempoh selepas bersalin dan kemudian tiga kali lagi sebelum habis pantang 44 hari.  


Related image
kredit foto : penjagaanpantanghumaira.com.my

Sepanjang tempoh berpantang juga ana di pakaikan bengkung. Bengkung lilitan kain panjang pada pinggang sehingga ke paras punggung. Arwah opah kata ini untuk menaikan semula peranakan dan mengempiskan perut. Esok tak adalah boyak kata opah. 'Boyak' tu perut tak kemas, mengelebih dan buncit lah lebih kurang. Kemudian ana juga akan bertungku pagi dan petang. Tungku ini dari besi yang di balut dengan daun mengkudu dan di balut tebal dengan kain. Ia di panaskan dan kemudian di tuam pada perut dan ari-ari. Sedap sangat bila bertungku ni, kalau tuam tu terasa keluar mengalir darah nifas.

Tak habis kat situ, ana makan rempah ratus atau jamu yang arwah opah buat sendiri ketika itu. Masa tu memang tak ada produk-produk macam zaman sekarang ni. Kalau ada pun seingat ana Mustika Ratu Jamu Selapan dan juga Nona Rogay . Ermm tapi ana makan jamu arwah opah je. Bukan makan tau, kena bancuh dan minum dalam segelas air. Huwaa!! Nak aje curi-curi luah tapi arwah opah biasanya akan tunggu sampai habis di minum. Itulah opah saya.

Bab makanan ni memang tak banyak yang boleh ana makan ketika itu. Ikan di bakar sahaja dan di tambah halia dan lada hitam. Semua itu kata arwah opah untuk mengelakkan angin dalam badan, menjaga kemanisan 'kamar tidur' dan supaya tidak tumpah darah ketika dalam tempoh berpantang ni. Opah selalu berpesan, badan kamu nak pakai lama, kena jaga masa berpantang ni baik-baik. Esok jangan suami complain . Masa muda semua pun segar dan sihat kata opah, kalau panjang umur dah tua esok baru menyesal badan sakit sana-sini. 

Image result for baby & mom
credit photo to owner ( Google Image ) 

Itulah pengalaman ana berpantang secara tradisional ketika itu. Sekarang ni semua dah moden. Tak ramai yang masih mengamalkannya kerana pada mereka semua ada ubatnya. Agaknya kerana itu lah laku apa sahaja produk yang di jual di pasaran. Nak ketat sendat sana-sini sehingga makan produk yang mungkin memudaratkan kesihatan organ dalaman. Bahaya tau !! Hati-hati dalam memilih produk di pasaran.

Namun sehingga ke hari ini, ana dah berusia lebih 40 tahun, Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt, badan masih sihat, saiz pun tak banyak berbeza dari sebelum berumah tangga. Dan paling ana syukuri, perut ana tidak lah boyak sampai ke hari ini. Slim lah maksudnya... cewahhh !! Pada yang pernah jumpa dan kenal ana tahu lah kan hehe :) Mungkin ia salah satu dari kesan penjagaan arwah opah dan mak ketika ana berpantang selepas bersalin dahulu. Dan sepupu sepupu ana yang arwah opah jaga juga 90% dari mereka juga tidak naik berat badan dan slim melim juga. Salah satu faktor keturunan juga barangkali kan. Wallahu a'lam.


Image result for laksa anajingga


Jadi semua itu tepulang pada cara dan keserasian masing-masing. Bab makan laksa selepas bersalin contohnya yang menjadi satu isu baru-baru ini. Terpulang sahaja kepada daya tahan tubuh masing-masing. Sesetengah orang tahan makan, dan ada juga yang mudarat bila menjamahnya. Kadar tahan badan kita kan berbeza dan di pengaruhi oleh banyak faktor. Ana sendiri tidak lah pantang laksa ni sampai 100 hari, cuma dalam tempoh berpantang 44 hari tu memang tak di benarkan makan. Sebabnya opah kata ikan laksa tu gatal, bersalin kita berjahit jadi bimbang luka jahitan akan terjejas. Tambah pula timun tu sejuk katanya, jadi arwah opah dan mak ana memang tak benarkan makan selama tempoh berpantang 44 hari tu. Kata orang tua-tua angin lah kan. Apa pun tepuk dada tanya iman. Selagi ianya tidak memudaratkan selagi itu ia dinamakan serasi pada tubuh. Waallahu a'lam. 

4 Comments

  1. betul, ada yang tak tahan dengan makanan 'sejuk', ada badan yang okay je. Ikut pada badan masing-masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan FJ tak perlu nak pertikai sebenarnya, ikut pada keserasian masing2 sahaja :)

      Delete
  2. Masih ramai yang mengamalkan berpantang secara tradisional.

    ReplyDelete