Hehe :)  Agaknya ada tak yang tak tahu apa beza antara laksam dengan laksa ? Sejujurnya kan, sebelum ana berhijrah ke Kuala Lumpur selepas habis sekolah dahulu, ana hanya tahu laksa utara sahaja. Maklum lah anak kampung yang di besarkan di negeri Perak Darul Ridzuan tercinta, mana lah pernah tinggal di negeri orang. Bila mula bekerja di Kuala Lumpur, baharu lah terdedah kepada kepelbagaian budaya dan menu seluruh rakyat Malaysia.. Skema kan :) 

Dan dengan izin Allah swt bertemu jodoh pula dengan orang Pantai Timur, maka dengan itu ( okay fine !! ) gabungan dua negeri menambahkan lagi pengalaman dalam menu-menu utara dan pantai timur. Baharu lah kenal laksam, nasi dagang, nasi kerabu, solok dan sebagainya. Ana suka mencuba menu-menu baharu dalam menikmati selera setiap hari. Laksa atau laksam, pada ana kedua-duanya sedap, cuma pastilah laksa utara tetap pujaan hatiku... :) 


Apa beza laksa dengan laksam ?? 



laksam Pantai Timur


Selain dari beza dari segi ejaan, pastilah kuah dan bahan-bahannya yang berbeza. Jom kita kenali laksam pantai timur dan laksa utara dari kaca mata anajingga dot com. Pendapat kita mungkin tak sama kan, tak apa kita raikan perbezaan jangan gaduh-gaduh di alam maya bukan senang nak minta maaf nanti, hehe :) Laksam pada ana dai segi rupa paras  nya pun tak sama. Ana pernah terbitkan entri homemade laksam suatu masa dahulu di SINI . 




Ana belajar buat laksam ni dari arwah ibu mertua dan Alhamdulillah menjadi juga lah. Laksa dan laksam kedua-duanya di hasilkan dari bancuhan tepung beras, itu persamaannya. Di makan dengan kuah dan ulam-ulaman pelengkap menu. 



Laksa Utara


Perbezaan nya adalah dari citarasa kuah. Laksam menggunakan santan manakala laksa utara merupakan menu asam rebus . Bahan asas masih sama iaitu ikan kembung atau ikan sardin. Kuah laksam kuah lemak dan kuah laksa pula masam kan. Kedua-duanya menggunakan isi ikan. Manakala untuk ulam-ulaman nya kedua-dua nya masih memerlukan timun cuma laksa utara selalunya ada bawang, cili, daun pudina dan telur rebus. Laksam pula selain timun turut ada ulam taugeh dan juga hirisan daun kesum yang mana kalau laksa ni daun kesum di masukkan ke dalam kuah bersama bunga kantan. Tetapi laksam daun kesum dan kantan sebagai ulaman.



Laksam juga di makan dengan sambal cili bercuka tetapi tidak pada laksa yang sedap di makan dengan petis udang sahaja. Ermm... Apa lagi ye perbezaan antara dua menu tradisional ni ?? Tak kiralah apa pun yang penting masing-masing mengikut selera individu itu sendiri. Bukan setakad laksa dan laksam, laksa lain negeri pun lain rasa dan resepinya. Contohnya macam laksa Sarawak dan laksa Johor.. lain juga kuahnya. Laksa Johor memang sedap dan ana sendiri menyukainya cuma laksa Sarawak belum berkesempatan mencubanya.. Korang suka laksa mana agaknya :) 

6 Comments

  1. Replies
    1. samalah CCL kak ana pun lebih kepada laksa utara hehe :)

      Delete
  2. owh cmtu beza nya... fara ingt mee yg beza... haha

    ReplyDelete
  3. Wah, laksam is my favourite, makanan zaman berzaman.. Kak Ana, TAHNIAH diucapkan kerana minggu ini akak terpilih untuk direview dalam jurnal saya.. Jemput singgah..

    https://www.shikinrazali.com/2018/11/sahabat-blogger-pilihan_27.html

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Shikin, terima kasih atas terbitan penuh kasih sayang buat kak ana :)

    ReplyDelete