Cara Bayar Zakat Lebih Mudah Dengan Perbankan Internet
Cukup-cukuplah mencari alasan untuk tidak melaksanakan tanggung-jawab sebagai pembayar zakat. Ia adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib ke atas setiap hambaNya yang mencapai cukup syaratnya. Mehh kita ulang kaji kejap 5 Rukun Islam :
Pertama : Mengucapkan dua kalimah syahadah
Kedua : Menunaikan solat fardu lima waktu
Ketiga : Berpuasa pada bulan Ramadan
Keempat : Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
Kelima : Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu
Jelas kan.. wajib kita sebagai umat Islam untuk menunaikan rukunnya yang ke empat iaitu membayar zakat. Dan di tanahair kita ni, khasnya buat warga Wilayah Persekutuan, Pusat Pungutan Zakat di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah , dipertanggung-jawabkan untuk menguruskan pungutan zakat dan pembahagiannya. Dah banyak dah artikel yang ana kongsikan untuk menjelaskan hal ini.
Cara Bayar Zakat Lebih Mudah Dengan Perbankan Internet
Hari ini, sekali lagi ana nak berkongsi dan mewar-warkan satu lagi kaedah paling mudah untuk kita semua mengeluarkan zakat iaitu pembayaran melalui perbankan internet. Meh dengar apa kata Imam Muda Asyraf mengenai kaedah pembayaran zakat secara online melalui perbankan internet menerusi video di bawah :
Dengan konsep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat.
1. OCBC BANK
www.ocbc.com.my/
2. AmBank
www.ambg.com.my
3. Hong Leong Islamic Bank
www.hlib.com.my
4. RHB Bank
www.rhbbank.com.my
5.HSBC Bank
www.hsbc.com.my
6.Public Bank
www.publicbank.com.my
7. Cimb Bank
www.cimbbank.com.my
8. Bank Islam
www.bankislam.biz
9. Maybank2u
www.maybank2u.com.my
10. .Bank Muamalat
www.muamalat.com.my
11. BSN
www.mybsn.com.my
12. Agro Bank
www.agronet.com.my
13. Bank Rakyat
www.irakyat.com.my
14. Affin Bank
www.affinonline.com.my
dan juga melalui
15. Pos Malaysia
www.posonline.com.my
16. MYEG
www.myeg.com.my
Untuk keterangan lebih lanjut boleh sahaja hubungi talian zakat PPZ MAIWP di :
1 300 88 5757
atau layari sahaja ke
www.zakat.com.my
Jadi dah tak ada alasan masalah parkir kenderaan lah, masalah kesesakan trafik ke, tak ada masa nak ke kaunter PPZ atau sebagainya . Sambil bayar bil bulanan tu, sambil seronok duk shopping online jangan lupa tunaikanlah tanggung-jawab kita sebagai pembayar zakat kerana dalam rezeki kita, 2.5% atau 1/40 adalah hak rezeki untuk orang lain.
Terkini !!!
3000 Pembayar Zakat Terawal
Melalui Perbankan Internet Berpeluang Mendapat
DVD MP3 koleksi Himpunan Ceramah
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.
Tunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat . Tunaikan zakat harta dan pendapatan anda sebelum 31hb Disember ini untuk mendapat rebat sehingga 100% .
#JadiKayaDenganZakat #PPZMAIWP
28 Comments
Banyaknya bank yang kita boleh guna utk bayar zakat. Takde lah alasan tak sempat nak bayar zakat kan.
ReplyDeletehampir kesemua bank ada dalam senaraikan AS :)
DeleteBagus sekarang zakat ada cara lebih mudah dan cepat...
ReplyDeletemudah dan tak ada alasan dah untuk berzakat dan menunaikan tanggung jawab bagi yang memenuhi syaratnya :)
Deletejom kak kita bayar zakat. hanya 2.5% dr pendaptan kita jer utk byr zakat
ReplyDeletesuami kak ana bayar dengan cara pemotongan gaji Jue, jadi tak lah terlepas pandang kan dalam menunaikan rukun islam ke 4 ni :)
Deleteboleh dikatakan semua bank dh ada ada dalam senarai kan..memang mudah...
ReplyDeletetu lah SA, hampir kesemua bank boleh membayar zakat secara online ni :)
Deletesekarang ni mudah je. tinggal nak dengan taknak je
ReplyDeletebetul tu Yana, kalau tak nak juga masih tercari-cari alasan sebenarnya . Sungguh menyedihkan.. :(
DeleteDengan adanya pilihan ini, harapnya memasing tidak lupa untuk melaksanakan tanggungjawab dan membantu yang memerlukan. Moga dipermudahkan urusan PPZ
ReplyDeletemudah-mudahan RG kan
Deletemudah sekarang ni :)
ReplyDeletesangat mudah pelbagai cara di sediakan oleh PPZ masa kini untuk memudahkan pembayar zakat
DeleteSaya biasanya byr sendiri dengn CIMB, manakala FIDYAH cari kaunter bergerak hehe. FIDYAH tak ada online
ReplyDeleteAlhamdulillah Mommy
DeleteSenangnya nak bayar zakat sekarang. Klik2 je dh settle
ReplyDeletekan mudah sangat guna jari pun boleh hehe :)
DeleteSekarang semuanya dihujung jari kan k.ana... Mudah nk buat dan tiada alasan lagi xsempat byr zakat lps ni..
ReplyDeletetu lah dah tiada alasan dah kan wawa
DeleteSekarang nie macam-macam cara boleh guna.. Nak dengan tak nak je kan kak ana..
ReplyDeletebetul tu Sha
Deletelagi mudah sekarang ni untuk bayar zakat.. online pun boleh dah
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
mudah sangat dah Mai
Deletepergh senang nya sekarang..guna perbankan je..dah takde alsn taknak bayr zakat
ReplyDeleteada pelbagai cara di sediakn oleh PPZ kan Nad
DeletePada yang tak berkesempatan masih ada berbaki masa untuk membuat bayaran.. sudah jangan tangguh lagi cepat bayar banyak sudah cara mudah
ReplyDeletesemoga lebih ramai pembayar menunaikan tanggung jawab mereka kan Bonde
Delete