Cara Buat Pat Bingsu Korean Dessert
Siapa tak suka makan dessert kan ? Nak-nak lagi kalau ada buah-buahan lagi lah sedap. Sejukkan tekak dan berkhasiat pula tu. Macam biasa lah anak-anak bila balik ke rumah, ada sahaja yang nak di buat depa benda yang pelik-pelik. Depa duk layan video masakan dari Khairul Aming tu, nampak senang sangat lah cara dia buat Patbingsu , sejenis pencuci mulut dari Korea ni. Kalau korang nak tengok dan belajar tutorial masak-masak paling sempoi dan santai, pii laa ke Instagram @Khairulaming . Memang kelakar je cara dia buat tutorial masakan ni.
Dan hasil dari video tutorial tu lah terjadinya Patbingsu versi Adik Ika dan Kak Long ni. Ermm.. walaupun resepi asalnya ia sejenis shaved ice, jangan tak percaya kita boleh sahaja buatnya di rumah tanpa mesin shaved ice tau.. Jommm.. ana nak share dengan korang cara dua beradik ni buat Patbingsu ala-ala Korean Dessert tu..
Cara buat Pat Bingsu Korean Dessert
Sebenarnya kan, Bingsu ni korang boleh sahaja buat dengan pelbagai pilihan topping pilihan selera masing. Kalau yang original resepi tu depa akan letak isi kacang merah, green tea dan sebagainya. Tapi yang kami buat ni cuma topping dengan buah-buahan iaitu anggur dan mangga. Terpulang lah nak topping apa ikut selera masing-masing.
Bahan-bahan buat Bingsu
1 kotak susu penuh krim
Aiskrim vanilla
Susu pekat
Buah-buahan sebagai topping ( ana guna anggur dan mangga )
Cara buat shaved ice Bingsu :
1. Tuangkan susu penuh krim ke dalam plastik dan keraskannya di dalam freezer untuk beberapa jam sehingga agak beku. Ana letakkannya di dalam bekas aiskrim untuk mendapatkan bentuk segiempat bila di keraskan, tapi jangan lupa isi kan ke dalam plastik terlebih dahulu tau. Jika tidak susah nak menghancurkannya nanti.
2. Bila dah keras, keluarkannya dari freezer dan bolehlah di hancurkan dengan anak lesung atau pun jika ia tidak terlalu keras, korang cedukkan sahaja tekstur air ni ke dalam mangkuk.
3. Cuba korang tengok teskturnya sama macam shaved ice kan.. bila ia cukup beku.
4. Sementara itu, potonglah buah-buahan tadi bersaiz dadu atau anggur tu ana belah dua sahaja agar mudah di makan nanti.
5. Susun buah-buahan di atas shaved ice susu dan scoop kan airkrim vanilla ke atas bingsu korang tu.
6. Akhir sekali lelehkan susu pekat dari atas aiskrim vanila hingga ke dasarnya.. Dan boleh lah di makan. Kena sediakan semua dengan cepat-cepat tau, kalau tak ia akan cepat mencair. Tengok hat mangga tu dah cair bahagian bawahnya sementara kami duk photoshoot hehe :)
Sedap rasanya ada rasa susu, manis dari susu pekat, lemak aiskrim vanilla dan pastilah keenakan buah-buahan tu. Haa dah siap Pat Bingsu ala Korean versi Anajingga dot com. Untuk video tutorial nya korang search lah di Instagram Khairul Aming tu , selamat mencuba..
4 Comments
Sedapnya.. bahan pun mudah nak dapat..
ReplyDeletetu lah dia Sha, mula-mula terfikir macam mana nak buat shape ais tu rupanya mudah je kan :)
Deleteuishhh sedapnya nampak kak ana buat nanti boleh cuba buat gak ni
ReplyDeletetry la Ekin, sedap ni:)
Delete