Korang nak tahu tak, ana ni cukup panik kalau nampak simbol  minyak kereta dah sampai ke takad E . Setiap kali nak memandu itu lah yang ana akan pastikan terlebih dahulu, isi minyak bila nampak jarum minyak dah hampir E. Pernah lah terjadi, tapi waktu bersama suami dan anak-anak. Dan yang drive pun encik suami, kami makan tengahari di Sungai Buloh. Simbol di jarum minyak dah lama E suami ni relaks je, walaupun ana dah suruh isi awal-awal lagi sebelumnya. Dengan yakin suami cakap keluar exit Hospital Sungai Buloh tu kan ada stesen minyak di RnR. Sekali susur keluar hala ke KL tu tak masuk pun laluan ke RnR stesen minyak.. Haaa!! Ambik ko.. mengelupur dah rasanya.




Suami masih senyum dan relaks lagi dan bagitahu kat depan RnR Jejantas tu kan ada lagi stesen minyak. Tapi ana yang over panik bukan main siap tutup aircond konon dapat jimatkan minyak. Seriau weii.. mana tahu kut kut  kering minyak kat tengah lebuhraya PLUS tu.. Allahu. Tapi sudahnya memang cukup je sampai ke stesen minyak di RnR Jejantas tu dan suami pun isi minyak. Alhamdulillah. 


Dan rupanya betullah apa yang suami bagitahu ana bahawa kalau simbol minyak kereta dah sampai E tu masih ada reserved 40-60km lagi. Sempat lah nak cari stesen minyak berhampiran kan. Fakta ini juga ana perolehi dari Sinar.my. Jom ana kongsikan semula disini dan kredit buat sumber rujukan Sinar.my dan  Dato’Ir Hj Mohamad b. Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) menyatakan :

1) Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.

2) E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’.

3) Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.

4) Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.




Lega kan bila kita dah tahu fakta sebegini, tak lah panik khasnya kita ni lah pemandu wanita yang sentiasa cuak kalau apa-apa terjadi semasa memandu. Tapi pada ana tetap akan pastikan bekalan minyak mencukupi sebelum memulakan perjalanan khasnya ke tempat yang kita tak biasa dan tak tahu di mana stesen minyak yang terdekat. Apa tah lagi memandu di lebuhraya yang stesen minyaknya dalam jarak yang jauh-jauh kan. Semoga ini satu  perkongsian yang bermanfaat buat kita semua, In Shaa Allah. 


0 Comments