Khidmat towing percuma jika kemalangan di jalan raya
Tuhan sahaja yang tahu bagaimana lajunya degup jantung bila suami call bagitahu dia kemalangan jalan raya malam tu. Cuma ada sedikit kelegaan bila dia sendiri yang menghubungi ana. Berlaku kemalangan kecil ketika dalam perjalanan nak balik dari pejabat selepas selesai urusan kerjanya agak lewat malam tu sekitar jam 8. Ini kerana selalunya kalau ada urusan kerja lewat suami hanya akan pulang selepas waktu Maghrib kerana mengelakkan kesesakan trafik, suami akan solat Maghrib dahulu di surau di pejabat baharulah balik ke rumah.
Suami beritahu lagi kereta tak boleh nak dipandu sampai ke rumah kerana ada minyak bocor di bahagian bawah kenderaan. Tak berani nak bawa jauh sekadar berpatah balik ke pejabat dan tinggalkan kereta di sana. Malam tu kebetulan anak-anak ada di rumah cuti hujung minggu, ana ke Kuala Lumpur mengambil suami dan kereta kami tinggalkan di pejabat dan cuba uruskan keesokkannya.
Fikiran masih buntu subuh keesokkannya, bagaimana nak bawa kereta ke bengkel. Kalau di Kuala Lumpur payah pula nak berurusan nanti, sebolehnya nak bawa balik ke bengkel berdekatan rumah kami sahaja disini. Teringat untuk menghubungi adik sepupu ana, Eja yang dahulu berkerja dengan Perodua Servis, untuk bertanya pendapatnya. Eja menyuruh suami call centre insurans kenderaan kami dan biasanya dalam pakej mana-mana insurans diberikan perkhidmatan towing secara percuma. Termasuklah kerosakan kenderaan mahupun kemalangan.
Kami pun layari ke laman web insurans dan tertera di sana no telefon hotline emergency 24/7. Selepas memberitahu situasi dan pihak insurans menghantar towing ke pejabat dan Alhamdulillah kereta selamat sampai ke bengkel berhampiran kediaman kami ni sahaja. Syukur sangat dan berterima kasih pada sahabat, saudara mara jauh dan dekat serta jiran-jiran yang banyak memberi cadangan dan keperihatinan di saat kami kecemasan sebegini. Alhamdulillah di kelilingi insan yang baik-baik , itu juga satu rezeki yang amat di syukuri.
Segala yang terjadi pasti ada hikmah dan merupakan satu ujian dariNya dalam melayari kehidupan di atas muka bumi yang sementara ini. Tak siapa inginkan kesukaran dan kemalangan dan rasanya dah berhatyi-hati sebaik mungkin di jalan raya, namun ia tetap berlaku dan segalanya atas asbab dan hikmah. In Shaa Allah dan semoga ia menjadi kayu ukur kesabaran kita dalam menjalani kehidupan .
Ana ingin berkongsi sedikit pengalam ini kerana bagi yang pertama kali berhadapan situasi cemas sebegini kadang-kala kita kita blur dan buntu mencari jalan. Buat pengetahuan , kami mengambil insurans kenderaan dengan Tune Protect dan untuk talian kecemasan Tune Protect 24/7 bolehlah hubungi 1-800-22-8863
Semoga bermanfaat
4 Comments
ada yg percuma ya... alhamdulillah.. tq share kak ana
ReplyDeletepercuma melalui insuran kenderaan yang kita ambil tu fara :)
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah
Delete