Syarat & Cara Permohonan Pengecualian Bayaran Pinjaman PTPTN Ijazah Kelas Pertama
Alhamdulillah, kak long telah pun menamatkan pengajiannya peringkat ijazahnya di UiTM hampir 2 tahun yang lalu dan memperolehi Ijazah Kelas Pertama. Waktu itu kita semua sedang di uji dengan pendamik yang mana majlis konvokesyen nya terpaksa di tunda beberapa kali sehinggalah pada bulan Jun 2022 yang lepas baharu sahaja berlangsung di DATC, kampus Shah Alam.
Baru-baru ini kak ana ada terbaca perkongsian di laman-laman sosial mengenai pengumuman Perdana Menteri bahawa graduan Ijazah Kelas Pertama dari IPT di berikan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN. Dan sebenarnya sebelum dari pengumuman ini lagi, kak long telah pun membuat permohonan Pengecualian Balik PTPTN ketika dia tamat pengajian yang lepas dan Alhamdulillah permohonan tersebut telah berjaya dan semakan nya di PTPTN nama kak long telah clear dari peminjam PTPTN.
Bila hebahan ini di umumkan, kak ana tertarik untuk perkongsi semula info-info syarat dan cara permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN untuk anak-anak yang telah pun mendapat Ijazah Kelas Pertama ( First Degree ) . Tahniah! Anak-anak yang telah berjaya cemerlang dalam pengajian masing-masing.
Paling tidak ia mengurangkan beban dan hutang pada anak-anak kita untuk memulakan kehidupan selepas tamat belajar dengan cemerlang. Ini kerana majoriti anak-anak peminjam PTPTN ada dari kalangan kita yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos pengajian, betul tak ?
Cara & Syarat Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Syarat-syarat kelayakan permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Kelas Pertama
1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa.
2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT
3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain
5. Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan
6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).
Cara Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Ijazah Kelas Pertama
Langkah-langkah membuat permohonan seperti di bawah:
1. Layari pautan - https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama , klik pada Bayaran Balik .
Bil. | Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019 | Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019 |
---|---|---|
1. | Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol). | Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol). |
2. | Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan. | Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan. |
3. | Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS). | Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS). |
4. | Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah). | Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah). |
5. | Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip). | Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip). |
6. | – | Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan*.Slip Gaji Terkini.Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan).Penyata Cukai Taksiran Terkini.Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP.Penyata Pencen.Penyata Pencen Penakat (PERKESO).Sijil Kematian.Sijil Cerai.Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Tidak Dapat Dikesan).Surat Akuan Sumpah (Penjaga).*(mana-mana yang berkaitan) |
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
1 Comments
Anak Sis tengah buat permohonan ni, doakan dia berjaya yaa mendapat pelepasan.. rezeki dia..
ReplyDelete