Siapa suka makan tapai pulut, angkat tangan :) Tapai ni ada dua jenis yang ana tahu setakad ni, sama ada tapai pulut atau pun tapai ubi kayu. Tapai pulut ana suka makan tapi tapai ubi kayu tu memang tak boleh nak makan sebabnya semput nanti hehe :) Faktor usia lah agaknya kan. Jangan silap makan je mesti nanti ada kesan sampingan pada tubuh. Orang dulu-dulu kata angin lah kan makan ubi kayu ni.. Waallahu a'lam..




Tapi kalau tapai pulut ana suka, cuma sedap kalau simpan dalam peti ais terlebih dahulu. Pastu dapat pula makan dengan aiskrim vanila, memang padu lahh.. Dulu masa muda remaja memang tak minat lah nak makan menu-menu ibunda ni, tak pernah nak try makan pun. Seingat ana lah kan, ana mula makan tapai pulut ni lepas berkahwin dan arwah mak mertua orang Kelate' selalulah buat tapai pulut. Sekarang ni biras ana, Mek Su pula yang rajin buatkan tapai pulut bila tahu kami nak balik kampung di Kuala Lipis.


Tapai pulut tradisional atau moden


kredit pemilik foto dari FB 


Kalau di Perak, Teluk Intan khasnya tapai pulut ni kami bungkus dalam daun pisang sahaja lah. Itu memang biasa sangat. Tapi bila ana mula berkeluarga kan orang Pantai Timur  ni, mula-mula terkejut juga tengok depa buat tapai pulut ni dalam daun pokok getah. Pelik Ya Amat!! Pas tu terfikir juga tak pahit ke rasa tapai bungkus dalam daun getah ni, maklum lah kan, kat negeri kami daun getah tak pernah di gunakan untuk bungkus makanan hehe :) Dedulu daun getah ni keringkan buat bunga ros adalah.. 


tapai pulut daun getah 
Tengok arwah mak mertua bungkus dalam daun getah nak makan pun macam takut-takut je. Tapi bila arwah mak suruh rasa, ermm.. okay je sebenarnya, tak ada pun rasa pahit daun getah tu. Cuma ada lah aroma nya yang tersendiri, tapi bukanlah bau getah pula tau. Aroma daun tu ada keunikannya. 

Kemudian ana ke Trengganu masa sepupu berkahwin dengan orang Ganu sana pun depa hidangkan tapai pulut dalam daun getah. Masa tu dah tak pelik sangat dah sebab dah kenal kan. Lebih unik pula kat sana masa tu, tapai ni dibungkus dalam daun getah siap berangkai lagi. Maknanya ia di bungkus dalam satu tangkai daun adalah dalam 3 ke 4 dalam setangkai. Bila nak makan kena relai kan sendiri dari tangkai daun getah tu.


tapai pulut daun keladi - kredit foto myrokan.com 


Baru-baru ini bila ana posting kan di facebook, ada pula rakan FB yang komen di tempat mereka bungkus tapai pulut dalam daun keladi. Haa!! Ini lagi rare, tak pernah jumpa lagi. Begitulah kepelbagaian citarasa keunikan tradisi sesuatu menu dalam masyarakat kita ni. Raikan perbezaan dan hormati setiap cara penyediaan makanan etnik dan daerah yang berbeza walaupun satu negara, agama dan budaya. 

Tapi sekarang ni, dah dua tiga kali ana jumpa tapai pulut versi moden pula. Dibungkus dalam kertas warna hijau, tapi beralaskan plastik lah di dalamnya. Tapai pulut ni kan berair, kalau tak balut plastik nanti basahlah pula kertas tu.




Dari segi rasa sama sahaja, tetap sedap cuma tidak ada aroma balutan daun seperti yang tradisional. Tapai ni kata orang bergantung kepada ragi nya lah ketika pembuatannya. Kalau ragi tu baharu dan elok akan terhasillah tapai yang manis. Kalau tak sebaliknya lah barang kali. Ana tak pandai sangat nak cerita sebab ana tak pernah buat tapai pulut. Tapi dari apa yang ana ketahui tapai ni bahannya cuma pulut yang di tanak dengan gaulan ragi dan peram kan. In shaa Allah ada rezeki dan peluang nanti, nak juga try buat tapai pulut sendiri. Kita tengok jadi ke idak, ye. 

Dalam pembuatan tapai pulut ni pun macam-macam petua pun ada di ceritakan. Orang dulu-dulu kan, pelbagai petua pun ada, jadi atau tidak tu secara kebetulan sahaja lah. Asalkan tak salah dari segi akidah boleh sahaja di guna pakai. Yang pernah ana dengar ialah ada orang tua yang mengatakan masa nak bungkus tapai tu kena senyum selalu, nanti tapai jadi manis, hehe :) Agak-agak boleh percaya ke ??