Buat sendiri cendol di rumah
Penangan PKP nii pelbagai menu dah kami cuba buat sendiri di rumah ni. Dari yang tak pernah hayat buat Alhamdulillah menjadi juga bila di cuba. Terima kasih lah kepada bloggers dan youtubers yang rajin update resepi-resepi dan tutorial masak memasak ni. Perkongsian ilmu yang amat bermanfaat buat semua kan. Dan bila resepi tu ana cuba dan kadang-kadang ana olah semula ikut kesesuaian serta bahan yang ada di rumah, ana kongsikannya pula di sini, biar berpanjangan pahala di kongsi bersama.
Ramadan lepas, suami teringin nak minum cendol. Carilah beberapa buah kedai Acheh sekitar taman ni, tak ada lah pula cendol dalam pek yang ada pun saiz besar. Nak makannya 4 orang rugi je nak beli kan. Dua tiga hari cari pun tak juga dapat. Akhirnya cari dahulu di youtube nak tengk bahan-bahan buat cendol. Owh... mudah sahaja bahannya dan senang juga prosesnya, cuma masalah tak ada tak ada tapis yang boleh buat bentuk cendol biasa. Tapi itu bukan masalah besar, kita guna sahaja bahan yang ada, rupa paras tak penting janji ada rasa cendol. Inilah dia cendol buatan sendiri yang ana sajikan untuk suami dan anak-anak berbuka puasa Ramadan lalu. Serius ada rasa cendol tau hehe :)
Resepi dan cara buat cendol
Bahan-bahan buat cendol :
1 cawan tepung beras
3 cawan air daun pandan
Pewarna hijau tua
Secubit garam
Sedikit kapur masakan
Tapis utk menghasilkan bentuk cendol, ikutlah janji berlubang dan itulah bakal rupa paras cendol kita nanti
Cara buat cendol korang boleh lah tonton di youtube bawah ni atau langkah-langah seperti di bawah. Ana tak sempat nak ambil gambar proses buat cendol ni sebabnya sibuk nak videokan nya masa tu 😉😉
1. Mula-mula korang blend 5 helai daun pandan bersama 3 cawan air. Tapiskan.
2. Di dalam periuk, masukkan 1 cawan tepung beras dan campurkan 3 cawan air pandan tadi.
3. Masukkan secubit garam dan sedikit kapur masakan. Kacau sebati dan baharulah nyala kan api perlahan.
4. Masukkan sedikit pewarna makanan hijau tua kerana air pandan ni slow sangat warna hijaunya.
5. Masak dan kacau hingga tidak berketul dan masak seperti kita masak adunan tepung beras lain sehingga berkilat dan menghasilkan letusan-letusan kecil menandakan ia sudah cukup masak.
6. Sejukkan seketika , kemudian sediakan bahan untuk proses men cendol kannya. Letak satu tapis di bawahnya tadahkan satu mangkuk besar berisi air kosong. Ini kerana cendol yang kita tenyeh dalam tapis nanti akan jatuh ke dalam air kosong dan ia tidak akan melekat antara satu sama lain.
7. Tenyehlah adunan cendol kita melalui tapis, dan hasil bentuk cendol tu bergantung kepada jenis tapis yang di gunakan. Kalau ada tapis bulat-bulat jadilah bentuk cendol original , tapis ana ni panjang-panjang jaring nya, lain lah rupa paras cencol kami.
Dah siap tu korang buatlah air gula melaka dan santan, campurkan ke dalam mangkuk bersama cendol, air gula melaka dan santan pekat. Buh ais batu dan sedia untuk di nikmati bersama keluarga. Wahh!! Pas ni mengidam cendol dan kalau rajin boleh lah buat cendol homemade di rumah ye tak? Selamat mencuba ❤❤
16 Comments
lamanya tak makan cendol
ReplyDeletejomm buat cendol :)
DeleteRajinnya buat cendol sendiri..suka jugak cendol ni..selalu makan kat warung je..lm tak makan ni sejak PKP kan..
ReplyDeletekann kak ana pun selalu makan beli je ni PKP bulan puasa lepas tak dapat beli terpaksa lah buat sendiri :)
DeleteAssalamualaikum. Waaa, Ss tak pernah lagi buat cendol sendiri. Terima kasih tunjukkan... nampak senang aje.
ReplyDeletewaalaikumsalam, mudah kan, boleh lah try SS :)
DeleteSedapnya makan cendol petang-petang ke sambil layan tv
ReplyDeletesegarkan tekak ye :)
Deleteyang penting jadi ye kak bentuk camne lain cita, musim pkp ni semua kita boleh buat heheehhe... nak cari susah buat sendiri lah jawabnya kan
ReplyDeletehaah Dana bentuk pejam mata je lah hehe :) ada rasa cendol ngam dah :)
Deletesedapnya cendol buat sendiri harum bau pandan
ReplyDeletetu lah PI bau pandan semerbak :)
Deletelama tak makan cendol. sejak PKP memang takde makan cendol. buat sendiri masa kecik2 dulu je sebab family besar. skrg stakat nk mkn sorang, kami beli je. sedap cendol pulut, letak durian plak mabelessss
ReplyDeleteadoi heaven sangat kan cendol pulut dan cendol durian kalau dapat :)
DeleteBestnya boleh buat cendol di rumah.... boleh nikmati ulang-ulang! Nyaman tekak!
ReplyDeletehaah amie puas hati kan :)
Delete