Punya lah lama ana simpan agar-agar tali ni, cadangnya nak buat agar-agar kelapa muda. Sampai ke hari ni belum lagi jumpa kelapa muda dengan isi nya , last-last semalam Kak Long ajak buat agar-agar santan jer. Memandangkan ada seketul gula melaka di dapur, ana olahkan menjadi agar-agar santan gula melaka. Resepi ni pun ana belajar dari anak buah belah suami, Ujie. Sebelum ni ada juga buat agar-agar santan tapi siap buat dua lapisan nak bagi berkepala. Rupanya ada cara yang lebih senang, masak sekali gus je dia akan naik berkepala dengan sendiri. Rasa pun sedap dan lemak manis. 


Resepi Agar-agar santan gula melaka


Resepi Agar-agar santan gula melaka


Resepi Agar-agar santan gula melaka


Agar-agar ni sedap kalau ia nya lembik kan tapi tak cantik pula untuk di potong kalau terlalu terlebih air. Jadi kena sedang-sedang sahaja tak terlalu keras dan tak terlalu lembik. Sebenarnya ana kurang suka juga masukkan telur dalam adunan agar-agar, tapi ikut kan resepi Ujie ni kena letak telur jadi ana masukkan daun pandan supaya hilang kan rasa telur tu. Dan korang juga perlu pecahkan telur dan dadar perlahan dalam santan, kalau tak nanti nampak sebiji-sebiji telur rebus dalam agar-agar, kan tak menyelerakan rupa parasanya. Meh laa ana kongsikan di sini resepi dan cara masak agar-agar santan gula melaka .

Bahan-bahan agar-agar santan gula melaka

1 paket agar-agar tali
1 kotak santan 
1 buku gula melaka
1 jag air lebih kurang 1 liter
1 cawan gula putih atau ikut lah kemanisan masing-masing
secubit garam
1 biji telur
seikat daun pandan

Cara masak agar-agar santan gula melaka korang boleh tonton di youtube di bawah : 



1. Didihkan air dan masukan agar-agar tali, masak hingga mendidih.

2. Masukkan gula melaka yang di pecahkan terlebih dahulu dan campurkan gula putih. Ini kerana gula melaka ni tak begitu manis, kan. Kena campurkan gula putih sedikit.
 
3. Masukkan seikat daun pandan. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak meruap dan membuak nanti. 

4. Dalam mangkuk lain, tuangkan sekotak santan dan masukkan sebiji telur, dadar perlahan jangan pukul kuat naa. Nanti jadi telur dadar pula ia berbuih hehe :) 

5. Masukkan santan ke dalam agar-agar dan kacau seketika sampai ia naik berkepala. 

6. Tuang kan ke dalam loyang atau acuan, sejukkan dahulu pada suhu bilik kemudian bolehlah sejukkan dalam peti ais. 

7. Siap untuk hidangan sejuk. Selamat mencuba naa :)