Menarik kan tajuk kali ini? Baru-baru ini kami cuba hubungi TM Unifi apabila kelajuan internet di rumah agak slow berbanding sebelumnya. Rumah ana boleh di katakan banyak peranti yang menggunakan wifi Unifi. Macam biasa anak-anak seorang satu handphone, ana dan suami. Kemudian ada 3 unit laptop dan sebuah android box sambungan pada TV. Sebelum ni masih okay sahaja bila tiba-tiba lain macam kami cuba hubungi Unifi di FB Mesenger. Pantas sahaja mendapat respon dan mereka cuba beberapa solusi.


cara nak tahu ada orang curi wifi di rumah

Selepas di buat pemeriksaan secara online set up dengan bantuan operator , masalah kelajuan dapat di atasi dengan reset dan set up semula dan juga check speed dan sebagainya. Dah alang-alang dapat teknician yang friendly, kami pun saja lah tanya bagaimana cara kalau nak tahu ada orang curi-curi guna wifi . Dan ana kongsikannya di sini untuk panduan bersama. Panduan dan tutorial ini adalah untuk pengguna wifi Unifi , dengan modem/router TP-Link. Kalau modem lain ana tak pasti sama atau tak..


Cara nak check orang curi  guna Wifi Unifi di rumah



Cara nak check orang curi  guna Wifi Unifi di rumah

1. Langkah pertama : 

Sambungkan laptop pada wifi di rumah, ana di fahamkan cara ini perlu menggunakan laptop atau desktop sahaja. 

Taip kan kod 192.168.0.1 di carian internet .




2. Kita akan di bawa ke link di atas dan untuk pertama kali log in atau belum sign in boleh lah taip kan "admin" di ruang user name dan juga "admin" sekali lagi di ruang password. 




3. Akan keluar pop-up yang menyuruh kita tukar password dan register. Boleh abaikan sahaja dengan klik "X" untuk tutup pop-up


4.  Kita akan di bawa ke paparan sebegini dan klik pada butang "BASIC" di ruang atas . Selepas itu masuk paparan seterusnya dan klik pada "Wireless Clients" seperti pada gambar di atas. 




5. Dan jeng! Jeng! Jeng! Akan terpaparlah di layar beberapa peranti yang sedang menggunakan wifi korang. Check la satu persatu menerusi jenama dan model peranti yang ada, siapakah yang empunya. Sekiranya peranti tersebut tiada di kalangan di rumah haa.. maknanya ada orang luar sedang curi-curi menggunakan wifi korang. 

Cara nak sekat mereka yang curi wifi ini tak lain tak bukan dan paling mudah adalah dengan menukar sahaja password wifi kepada yang baharu dan lebih sukar untuk di godam. Bukan apa , rasa ralat juga bila ada orang senang lenang guna wifi sedangkan kita yang bayar dengan harga ratusan ringgit setiap bulan. Manalah tahu ada yang menyalahgunakan wifi kita untuk sesuatu yang tak baik, kita juga akan terlibat betul tak. 

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya

12 Comments

  1. banyak sebenarnya jadi macam ini kan? dulu pernah duduk rumah sewa, rakan 1 rumah sewa ni, awek dia sewa dekat rumah sebelah je (duduk dengan kawan2 dia juga).

    mula perasan juga, makin lama makin slow. guna advice yang sama juga, tukar password, tapi sama juga keadaan nya. bila di cari2, rupanya member 1 rumah ni yang share password dengan awek dia dekat sebelah. aduhai.

    sudahnya, saya tutup je. pakai data handphone je senang.

    www.mrejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm sedihkan, kalau sama-sama share bayar tu lain lah ceritanya :(

      Delete
  2. Nice sharing Kak Ana. Saya try type kod tu tak boleh pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diah kena guna laptop kalau phone memang tak boleh trace :)

      Delete
  3. PERKONGSIAN BERMANFAAT BARU TAU TKSH ANA

    ReplyDelete