Selepas sahaja majlis pertunangan Kak Long penghujung Disember tahun lalu, kak ana bagai kan dah tak ada berapa mood nak garderning semula. Penat satu hal, kemudian kali kedua kak ana di uji dengan covid. Memang antara post covid ni akan cepat berasa penat walaupun tidak lah sekuat mana pun kerja yang di lakukan. Tambahan pula deretan pokok-pokok petunia kak ana di serang bena serangga putih yang akhirnya tinggal sepasu sahaja yang masih ada. Sedih dan down sangat dah..



Tapi jiwa kecintaan pada keindahan ciptaan Tuhan ni masih hadir dalam jiwa. Pelan-pelan kak ana bersihkan semula pasu-pasu, semai benih-benih bunga yang ada dan susun semula di laman dan ruang porch. Hari demi hari bunga-bunga yang berbaki kelihatan kembali berkuntum dan kembang. 

Sedikit demi sedikit mengembalikan semangat untuk mencari pokok-pokok bunga baharu.Satu pagi tu balik dari pasar bersama suami, nampak lah orang jual bawah pokok tepi jalan bunga-bunga. Kak ana ajak suami singgah dan belilah pokok vinca dua pasu, murah je RM6 sepasu. 

baja milagro

Kali ni kak ana nekad dah nak pastikan pokok-pokok baharu yang kak ana beli nak jaga elok-elok. Hari-hari dengar di radio dalam kereta iklan baja Milagro ni, sampai suami siap nyanyi-nyanyi lirik lagu nii. Alhamdulillah.. kak ana dapatlah menggunakannya untuk pokok-pokok bunga dan tanaman kak ana.

Natural Plant Vaccine ( NPV ) Milagro


Untuk mempastikan kesihatan pokok-pokok bunga , kak ana mencuba Natural Plant Vaccine ( NPV ) Milagro ni. Haa..bukan manusia sahaja perlu kan vaksin tetapi tumbuhan juga memerlukan nya untuk penjagaan kesihatan pokok-pokok. Produk NPV ini membantu dalam menghalang perkembangan patogen atau bakteria merbahaya. Samalah macam kita mengambil vaksin, pokok juga memerlukannya untuk mengelak dari jangkita penyakit tanaman.

Kenapa kak ana memilih untuk menggunakan rangkaian penjagaan dan baja tanaman Milagro ini, ialah kerana ia merupakan hasil gabungan bahan semulajadi . Natural Plant Vaccine adalah salah satu daripadanya yang merupakan produk semulajadi yang diperbuat berasaskan kulit udang (Chitosan oligosaccharide).

Natural Plant Vaccine ( NPV ) Milagro mengandungi 12 nutrients yang mampu menggalakkan kadar pengambilan nitrogen, pembentukan dan pengukuhan sel, sintesis. Selain itu yang kak ana harapkan sangat dengan penggunaanya dapat meningkatkan kadar imunisasi pokok terhadap serangan bakteria, virus dan kulat. Ia juga mampu menghalang perkembangan patogen dan bakteria merbahaya. Serik rasanya bila pokok-pokok petunia kak ana musnah oleh serangan kulat seperti bena dahulu.


baja milagro

Cara penggunaan NPV Baja Milagro 

Dari arahan pada botol NPV Baja Milagro ni, cara penggunaan nya amat mudah di mana kita hanya perlu spray atau sembur pada permukaan tanah dalam pasu, pada batang dan daun dengan 3 kali semburan sahaja. Jangka masa semburan pula adalah 2 minggu sekali sahaja.  Jangan sembur pada bunga naa.. kerana ia boleh mengganggu agen pendebungaan pokok tanaman kita. Mudah-mudahan pokok vinca kak ana akan kekal sihat dan mampu bertahan lama. 

Baja Milagro 

Tapi pokok-pokok vinca kak ana ni nampak agak kurus dan kak ana cuba pula menggunakan baja Milagro yang viral di kalangan pencinta tanaman bunga seperti di group-group FB yang kak ana joined. Rata-rata depa cerita menggunakan baja Milagro. 

Dari pembacaan dan perkongsian di internet kak ana dapat tahu baja Milagro adalah baja 100% organik yang diperbuat daripada tahi ayam yang diproses bersama campuran protein, habuk kayu dan smart enzim . 

Baja yang diperbuat daripada 100% organik yang diproses menggunakan Smart Teknologi dalam tempoh 24 jam sahaja pada suhu 85°C yang membolehkan  ia bebas bakteria merbaya seperti Salmonella dan E.coli


baja milagro


Antara kebaikan baja Milagro adalah ia mampu :

~ Membantu dalam memperbaiki struktur tanah.
~ Keberkesanan boleh dilihat seawal 2 minggu ke 3 minggu.
~ Terdapat 40, 000 sehingga 100, 000 koloni bakteria baik bagi membantu tumbesaran pokok.
~ Sesuai untuk semua jenis pokok, sama ada pokok bunga, pokok yang jenis berbuah, sayur-sayuran dan juga tanaman indoor.

baja milagro

CARA PENGGUNAAN BAJA MILAGRO

Kebiasaanya pokok boleh dibaja selepas 2 minggu atau lebih selepas ditanam. Bila dah ada 4-5 helai daun, peranan baja sudah berjalan untuk memberi nutrisi kepada pokok.

Kak ana share kan di sini langkah-langkah mudah untuk cara penggunaan Baja Milagro secara grafik. Sat gii kalau tulis macam karangan susah pula nak faham , kan. Penting untuk kita mengetahui langkah-langkah penggunaannya supaya tidak merosakkan tanaman kita. 


cara penggunaan baja milagro


Selain itu kita juga perlu tahu cara penyimpanan baja Milagro ni supaya kekal baik. Di saran kan untuk di simpan di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari. Elakkan juga dari lembapan kerana baja akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan jika basah. Pasti lah kita perlu jauhkan dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan seperti anak-anak bulus. Bukan apa kalau dapat kan anak bulus kak ana mau depa jadikan tandas awam pula dalam pek baja tu..Adoi.. 

MATADO (MILAGRO INSECT REPELLENT )

Di awal-awal perenggan tadi kak ana ada cerita dengan korang kisah sedih pokok-pokok petunia kak ana kena serangan serangga bena hingga pupus 5-6 pasu. Memang sedih sangat sebab petunia ni cukup rajin berbunga dan ya amat lah cantik di pasu gantung di ruang porch kak ana. 

Walaupun masih berbaki sepasu, kak ana masih tidak berputus asa untuk merawatnya. Kak ana menggunakan saru lagi rangkaian produk penjagaan pokok Milagro iaitu MATADO (MILAGRO INSECT REPELLENT )


baja milagro


Matado merupakan produk penghalau serangga organik yang mengandungi bahan bioaktif hasil ekstrak tumbuhan iaitu bawang putih (Allicin) dan sembambu (Azadirachtin). Patutlah mak kak ana pernah beri petua suruh semburkan air bawang putih pada pokok yang di serang bena ni, cuma kak ana yang tak buat sebab leceh lah pula nak tumbuk dan dapatkan air bawang putih, ni. Mujur ada Matado dari Milagro ni mudah dah kerja pengawalan kesihatan tanaman pokok-pokok kak ana nanti, In Shaa Allah.

Produk ini membantu dalam menghalau serangga perosak dan menggangu sistem pencernaan serangga perosak sehingga boleh menyebabkan kematian pada serangga tersebut. Antara kebaikan Matado adalah: 

~ Mengandungi 12 nutrients yang diperbuat daripada bahan organik tanpa racun kimia.
~ Berkesan untuk serangga perosak yang ada di taman, rumah dan ladang
~ Semburan tidak merosakkan tanaman
~ Kesan yang cepat, efektif dan tahan lama

Matado Milagro

Mudah-mudahan pokok petunia kak ana ni akan kembali sihat hendaknya dan berbunga semula dengan meriah seperti dahulu. Nanti kak ana akan update perkembangannya di Instagram @AJHomeIDeas atau di #AJSecretGarden naa.. 

Kak ana share kan disini langkah dan cara pengunaan kawalan perosak serangga khasnya pada pokok-pokok bunga sebagai panduan bergambar untuk pembaca semua. 


racun untuk bena pada pokok bunga


Semoga dengan penggunaan set penjagaan dan baja tanaman dari Milagro ini akan memberikan semula semangat waja untuk kak ana kembali merialisasi kan impian sebuah taman ala Inggeris seperti yang di kongsikan di Reels IG tontonan kak ana hampir setiap hari.

Pelbagai jenis pokok yang kak ana tanam di sekitar rumah seperti bunga-bungaan berwarna-warni, bunga raya dan ros di laman hadapan, tanaman hijau dan keladi di dalam porch serta tanaman herba dan buah-buahan serta ulaman di belakang rumah. 


baja milagro



Pencinta gardening seperti kak ana boleh lah dapatkan juga rangkaian baja organik dan penjagaan pokok tanaman Milagro secara dalam talian di platform e-dagang seperti LAZADA dan SHOPEE atau layari terus ke laman web Milagro di bajamilagro.com . 

Masih bermain di minda lagu iklan Milagro ni dalam kepala kak ana dan semoga dengan ikhtiar kak ana ni akan mengembalikan semangat yang hilang untuk berkebun dengan jayanya, yess!! Aamiin. 












3 Comments

  1. wah segar bugar bunga2 dia...
    meriah la laman raya nnt ni hhehee

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Bila berhasil rasa gembira lain macam kan kak.

    ReplyDelete
  3. cantik meriah warna bunga2 menyeri rumah ana

    ReplyDelete