Kembali lebat buah belimbing buluh di kebun belakang rumah kak ana. Tapi tak lah selebat sebelum ni, apapun syukur Alhamdulillah rezeki dari Allah swt. Banyak juga yang dah jatuh ke tanah, musim hujan nii kan.
Pagi tu kak ana pii la petik mana yang tercapai tangan. Petua nak bagi pokok belimbing buloh ni berbuah lebat yang kami praktik kan adalah dengan mencantas dahan-dahannya. In Syaa Allah lebat berbunga dan akan keluarlah buahnya berangkai-rangkai.

Buah belimbing buloh ni masak lemak memang sedap, masam masam lemak jadinya. Boleh jer korang masak lemak bersama ikan, ayam, daging salai ke, atau kali ini kak ana masakkan dengan udang sahaja. Dah tu je lauk yang ada dalam peti sejuk pagi tu.
Maka terhasillah gulai lemak udang belimbing buloh untuk santapan keluarga. Jom lah kak ana kongsikan resepi dan cara masak lemak udang belimbing buloh, mudah sangat-sangat.
Resepi dan cara masak lemak udang belimbing buloh
Bahan-bahan masak lemak udang belimbing buloh
Udang segar
Buah belimbing buloh - ikutlah nak buh banyak mana, jangan banyak sangat dah nanti masam gulai ampa
Cili api
Kunyit hidup atau serbuk pun okay jer
Santan
Garam secukup rasa
Daun kunyit untuk aroma
Cara masak gulai udang belimbing buloh
1. Tumbuk cili api bersama kunyit .
2. Belah dua buah belimbing buluh supaya resap kuah dalam nya.
3. Masukkan udang yang dah di bersihkan bersama bahan tumbuk cili api dan kunyit ke dalam periuk.
4. Masukkan santan , simpan sedikit untuk santan akhir.
5. Nyalakan api perlahan kacau hingga mendidih.Masukkan buah belimbing buloh. Ini kerana buah belimbing buloh cepat lembik dan kita tak nak ia terlalu lembik bila di makan nanti, tak best pulak.
6. Masukkan santan akhir, kacau sebati rasakan dengan garam secukupnya. Taburkan hirisan daun kunyit untuk aroma tradisional. Matikan api.
Siap dah masakan lauk gulai udang bersama belimbing buloh, yang sedap makan dengan nasi dan sambal. Cuba laa naa, kalau ada buah belimbing buloh di rumah nanti. Semoga bermanfaat...
6 Comments
Sedapnya Kak Ana! Nampak gulai lemak ni terus terjah rumah Kak Ana :D
ReplyDeleteArwah mak dulu suka masak lemak belimbing Buloh ni dgn ikan² darat; keli, sempat, puyu dsbnya...
nampak sedap. saya tak pernah buat masak lemak belimbing ni. selalu tumis dgn ikan bilis, cili dan belacan. yummey!
ReplyDeletehari tu ada nampak video artis yang masak gulai lemak dengan belimbing macam ni. nampak sedap..nak kena try juga ni
ReplyDeletepandang pic pun dh terliur
ReplyDeletetengok lauk udang..tapi terbayang kari sardin letak belimbing buluh ni. lama dah tak makan
ReplyDeletehaihhh tngok tngah malam pulak ni.. hehe . dah la udang favorite busyra
ReplyDelete