Malam semalam kak ana, suami dan adik Ika ke Aeon Anggun Rawang ni jer lepas maghrib. Memang nak makan malam sahaja cadangnya sebab kalau nak shopping tak dan sangat. Dari rumah tak jauh mana tapi biasa la kan , pukul 8 malam baru gerak dari rumah, sementara cari parkir lagi, 8:30 juga sampai depan restoran Burger King.
Hari Isnin kan tak ramai sangat orang kat sini, terus kak ana ke kaunter untuk order menu. Terpampang kat banner tu, rupanya sekarang ada menu baharu dari Burger King, haa... hat nii laa kak ana nak share dengan korang.
Sedap weii.. Burger King Black Pepper Mayo nii. Set burger dalam dua pilihan sama ada Whopper atau Tender Grill Ayam tu bersama side dishes nugget dengan dipping sauce Black Pepper Mayo atau pun Fries Black Pepper Mayo.
Burger King Black Pepper Mayo
Kak ana pun try la set Whopper Black Pepper Mayo dan Tender Grill Black Pepper Mayo baharu dari Burger King. Walaaaa memang layan, kak ana suka sangat adunan bahan sos black pepper bersama lemak manis mayonnaise depa.
Kalau korang peminat Whopper Burger King mesti tau laa kan, Whopper ni sangat lah besar dan gemoks burger bersama patty nya. Untuk seleksi Black Pepper Mayo ni, yang kak ana rasa, ada perapan sos untuk patty daging Whopper yang lembut dan juicy, dan di dalamnya terdapat juga hirisan tomato, cheese serta bawang goreng karemel yang memberikan pukulan rasa unik pada setiap satu Whopper Black Pepper Mayo ni.
Di adun pula dengan sos mayonnaise yang berpadu dengan semua bahan apitan bun burger . Kak ana makan macam tu jer dah tak buh sos cili dah sebab tak nak laa hilang kan rasa black pepper dan mayo ni dah cukup sedap.
Hat nii pula Tender Grill Burger juga dalam seleksi Black Pepper Mayo. Bezanya ia adalah isi ayam yang di grill di dalam apitan bun burger bersama tomato, cheese serta bawang goreng karamel yang sedap dan unik.
Sekali lagi adunan sos black pepper mayo memberikan rasa baharu dalam paduan isi burger dari Burger King yang tak perlu di ceritakan lagi kelembutan daging patty dan isi ayam tender grill ni.. Kena try sendiri baru korang boleh feel..
Ada juga pilihan side dish dalam seleksi Black Pepper Mayo , korang boleh pilih fries dengan sos black pepper mayo atau pun 5 keping nugget bersama dipping souce black pepper mayo. Kedua-duanya kak ana suka sangat sebagai menu sampingan.
Teringin dah ke ? Haha! Jom lah ke mana-mana outlet Burger King berhampiran korang dan cuba sendiri menu baharu dari Burger King yang kak ana suka sangat ni. Burger King Black Pepper Mayo. Korang boleh makan dalam menu kombo atau pun ala-carte. Susah-susah order Panda jer laa..
Tapi kak ana recormended korang dine-in is the best way nak makan, sebab boleh makan panas-panas, bukan apa fries ni kalau dah sejuk kejang jadinya. Dah tak sedap ye dak.
Dah alang-alang makan tu , jangan lupa sertai sekali Burger King Black Pepper Mayo contest , mana tau ada rezeki boleh menang Airpods Max. Peraduan berlangsung mulai 19hb Jun hingga 23 hb July 2023 . Syarat dan cara penyertaan , korang tanya lah kat kaunter naa.. kak ana tak pasti bagaimana caranya. Semoga bermanfaat...
4 Comments
jarang makan burger king... black pepper new flavor ye, nmpk gaya pasni bole cuba ni
ReplyDeletearitu pernah beli aduh burgernya tak memuashkan hati, yang akak punya tu nampak elok lengkap semua
ReplyDeleteBK Whooper & Tendergrill tu sedap dan sos dia special sedapnya kan AJ
ReplyDeletesaya kalau ke burger king mmg nak whopper aje tapi mayo pepper ni sedap ye.. boleh cuba nanti
ReplyDelete