Sekali sekala memang mengidam juga nak pekena menu-menu pantai timur untuk sarapan pagi. Agak lama juga kak ana tak ke gerai Mee Kuoh Udey di Batu 16 , Rawang nih. Pagi tadi ikut suami nak sarapan terus dia bawa ke sini.
Awal kami sampai tak ramai lagi pelanggan, kalau tak sini pun Alhamdulillah memang meriah dengan pelanggan sama ada yang maii makan sarapan tak pun depa tapau.
Gerai Mee Kuoh Udey , Rawang
Menu pantai timur kat sini yang paling sohor kata ore kelate' adalah nasi kerabu dan juga nasi dagang. Ada pilihan lauk antaranya ayam bakar, daging bakar, kerutup dan lain-lain. Masakan kat sini memang sedap dan kak ana pernah tempah laksam kelatan untuk majlis pertunangan kak long tahun lepas.
Pagi tadi , suami makan nasi kerabu dengan lauk daging goreng. Kak ana pula pilih menu nasi dagang. Nasi kerabu sini nasi kerabu tumis, ada ulaman, keropok, sambal dan kerisik. Boleh je tambah lauk pilihan lain yang kita nak.
Selalunya kak ana suka makan dengan ayam bakar. Tapi pagi ni macam tak ada selera nak makan nasi kerabu. Suami jer makan dengan daging goreng kunyit.
Kak ana suka makan nasi dagang kat sini sebab nasi dia sesedap rasa, lembut dan di berikan set nasi dagang bersama acar timun, telur rebus belah 4, sambal dan kerisik . Lepas tu kita pilihlah lauk apa yang kita nak makan dengan set nasi dagang tu.
Kak ana pilih gulai ayam . Memang kak ana suka gulai nasi dagang kat gerai Mee Kuoh Udey kat sini. Sedap masakannya. Gulai ikan tongkol depa pun sedap. Sesuai dengan selera kami.
Ada juga nasi lemak dengan aneka lauk pauk kat sini, tidak lah sekadar menu masakan pantai timur tetapi antara tarikan utama depa pasti lah menu-menu pantai timur. Cuba korang tengok ejaan gerai pun di eja dalam loghat Kelantan kan. Owner pun orang Pasir Mas, gituew.
Kak ana suka juga makan kuih muih yang diletakkan kat sini. Ada kuih akok dan pelbagai lagi kuih untuk sarapan pagi. Kadang-kadang ada jer kuih muih pantai timur. Boleh di katakan kebanyakan nya sedap-sedap terasa lemak manisnya.
Jadi, kalau ada orang Pasir Mas atau orang pantai timur mengidam nak makan menu-menu Kelantan untuk sarapan pagi, dan kebetulan berada di Rawang, boleh lah waze ke gerai Mee Kuoh Udey. Itu ejaan tu tau, kalau tak waze tak jumpo :)
Gerai ni terletak kat tepi jalan utama laluan Selayang - Templer- Rawang ke Hulu Selangor. Kalau dari KL belah kanan. Ada u-turn depan sana. Sekadar berkongsi tempat makan yang sedap pada kak ana dengan korang semua.. semoga bermanfaat, In Syaa Allah..
4 Comments
Paling sy suka nasi dagang ngn uih akok
ReplyDeleteRindunya nak makan nasi dagang!
ReplyDeletedana kalau rindu nasi kerabu, ajak edy ke taman dagang situ sedap....
ReplyDeletenasi dagang gulai ikan tongkol kalau original orang kelantan yang masak mesti sedap tu
ReplyDelete