Bukan plan nak berjalan atau bercuti ke Melaka sebenarnya. Kak ana dan Adik Ika menemani suami untuk ziarah kakak ipar kak ana yang sedang mendapatkan rawatan di pusat rehab Perkeso di Ayer Keroh. 

Kakak sulung suami kak ana, Kak Nah mengalami sakit saraf dan sedang mendapatkan rawatan pemulihan di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abd Razak . Lama juga dia di tempatkan di sini dah dua minggu lebih selepas mendapat refer dari doktor di Gleneagles Hospital, Ampang. 

Alhamdulillah waktu entri ini d terbitkan dia dah pun di benarkan discaj sebelum cuti hari raya Aidil Adha yang lalu dan semakin pulih nampaknya. 


cendol kampung hulu


Kami bertolak dari kediaman awal pagi juga selepas sarapan pagi. Sampai di Lebuhraya KL-Seremban kami sangkut dalam kesesakan trafik hampir sejam lewat kerana ada kemalangan treller melintang di tengah lebuhraya. 

Sampai ke Rehab Centre dalam jam 12.30 tengahari macam tu. Selepas ziarah kak Nah dan biras pun ada kat sana menemaninya, ada pula saudara sebelah biras maii melawat. Jadi kami bertiga beranak pun minta diri lah dalam lebih kurang jam 2.30 petang  kerana tak mau reramai sangat kat bilik pesakit kan. 

Kami singgah sekejap di Malaysia Heritage Studio yang tak jauh dari pusat rehab Perkeso nih. Dahulunya di kenali sebagai Taman Mini Malaysia. Tiket masuk RM50 dan waktu tu pun dah petang macam tak berbaloi nak masuk. Perut pun dah keroncong jadi kami bergambar sahaja kat depan pintu masuk dan meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka.


Cendol Kampung Hulu, Melaka


Cendol Kampung Hulu, Melaka 


Kami waze ke Banda Melaka dan dari situ Adik Ika bagitau dia pernah makan di Kampung Hulu, pekena cendol dengan kawan sepejabatnya waktu depa out station di Melaka tahun lepas. Dia lah waze semula ke Cendol Kampung Hulu dan katanya kat sana ada fod court untuk makan di tepian sungai laluan Melaka Rivercruise .

Kami sampai dan parkir kereta di Masjid Kampung Hulu. Jalan kaki sahaja ke Makan Avenue yang terletak di tepi sungai laluan Melaka Rivercruise dan Teksi Air Melaka nih. Menarik sangat view kat sini sambil makan, 


Cendol Kampung Hulu, Melaka


Adik Ika order Cendol Jagung dan juga Cendol Shake di kiosk Cendol Kampung Hulu. Masyaa Allah.. pekat lemak manis sedap sesangat rasa cendol Kampung Hulu ni. Memang lain dari yang pernah kak ana makan cendol di mana-mana sebelum ni. 

Ia macam makan santan frozen dia punya lemak cendol dan cendol shake ni. Harga memang agak mahal juga tetapi sangat berbaloi dengan kesedapan rasanya. Wajib cuba ampa kalau ke Melaka, cari lah Cendol Kampung Hulu yang viral nih. 

Asam pedas, Arang Cafe, Makan Avenue, Kampung Hulu



Asam pedas, Arang Cafe, Makan Avenue, Kampung Hulu


Sebab kami lapar nasi, belum makan tengahari lagi walaupun dah agak lewat petang, kami order lah asam pedas di salah satu kiosk makanan di Makan Avenue, Melaka. Wajiblah kan kena pekena asam pedas Melaka. 

Di Arang Cafe ni, bukan sahaja ada asam pedas beraneka tetapi ada juga jualan menu ikan dan seafood bakar-bakar. Kak ana makan asam pedas daging tetel dan suami suka makan asam pedas ikan kembung. Kami nak try asam pedas pari tapi dah habis pula petang tu. 

Set asam pedas daging tetel dan ikan kembung ni bersama nasi putih ulam dan sambal belacan cuma RM15 sahaja kalau tak silap kak ana. Portion nya banyak untuk daging tetel dan ikan kembung pn saiz M agak besar juga. 



Asam pedas, Arang Cafe, Makan Avenue, Kampung Hulu


Korang tengok sendiri memang banyak isi dalam mangkuk untuk asam pedas daging tetal ni. Daging di masak lembut secukupnya, kuah asam pedas pula sangat sedap pada selera kak ana. Cukup rasa asam pedas dan tak terlalu pedas dan berminyak, semua secukup rasa dan boleh hirup kuahnya. 


Asam pedas, Arang Cafe, Makan Avenue, Kampung Hulu


Sama juga untuk asam pedas ikan kembung, ikan kembung rasa segar dan tidak frozen malahan cukup lemak . Memang kena dengan masakan kuah asam pedas yang cukup rasa pedas masam . 

Kak ana kalau pedas sesangat tu memang tak boleh nak makan kerana pengidap gastrik tegar ni kan, tapi hat asam pedas Melaka di Arang Cafe ni memang kak ana boleh hirup kuahnya. Sangat kena dengan selera kak ana sekeluarga. Ini bukan paid review naa.. kami jalan-jalan cari makan di Melaka. 



Asam pedas, Arang Cafe, Makan Avenue, Kampung Hulu

Ada pelbagai menu lain di sini untuk anak-anak malahan ada juga hidangan western. Pilih sahaja mana yang korang nak makan. Boleh order melalui QR code scan atau ada staff depa mai ambil order di meja juga. 

Dah siap menu depa maii anta ke meja. Adik Ika memang tak minat makan asam pedas ni sebab dia alah belacan. Petang tu dia makan ayam penyet. Tengok depa letak ayam tu banyak kan, berbaloi dengan harga menu masa kini. Kat sini harga menu tak rahmah sangat naa.. maklum lah makan di tepi sungai dengan permandangan yang best, adalah harga yang perlu di bayar huhu... 

Lepas makan, kami singgah solat jamak di Masjid Kampung Hulu dan terus ke Alor Gajah, singgah sekejap di Freeport A Farmosa Village. Alaa... suramnya suasana laa nih di sini malam tu. Memang tak ramai orang, walaupun hari Ahad dan tak meriah sangat branded outlet kat sini berbanding kami singgah sebelum ni. 

Lepas solat jamak Maghrib dan Isyak di sini, surau dia cantik dan bersih sangat. Pertama kali kak ana singgah solat dalam Freeport A Farmosa nih, kami pun meneruskan perjalanan balik ke kediaman. Alhamdulillah perjalanan day trip ke Melaka kali ini sambil ziarah kak ipar sempat food hunt sedap di Kampung Hulu untuk tatapan pembaca blog kesayangan kak ana. Semoga bermanfaat.. 


6 Comments

  1. Cendol Kampung Hulu tu fav SA kak Ana...Melaka memang tempat best healing

    ReplyDelete
  2. Asam pedas tu mmg fav laa....bulan 9 nieyl family day dekat melaka...

    ReplyDelete
  3. terliur mandang asam pedas melaka

    ReplyDelete
  4. Aduiii AJ...teringinnya nak menyendol!

    ReplyDelete
  5. Cendol. Asam pedas. Semua sedap sangat.

    ReplyDelete